Wednesday, December 29, 2010

Love & Trust

ASSALAMUALAIKUM...!
Salam Sejahtera.!

1st of all nak la juga ucapkan jutaan terima kasih la kepada pembaca-pembaca yg sudi baca blog ni terutama my follower.. love u allsss.....

Intro :
Love is cinta kata Irwansyah... Cinta is ????.. Sah-sah la aku pun tak tahu... tu kena tanya Dr Cinta n of course la bukan aku..hahahaha.... Entri kali ni memang pasal cinta... so yang berjiwa keras tu cubalah membungakan jiwa-jiwa anda sekejap ek...

Isi-isi penting :
Lumrah hari ni acap kali je kita dengar perkataan cinta..Hatta budak setahun jagung pun tahu sebut cinta.. Tapi berapa peratuskah yang tahu betul-betul tentang erti cinta ni.. Cukupkah sekadar melutut melafaz I LOVE YOU semata-mata...sudah dikira cinta..hmmmm

Terdapat pelbagai jenis cinta yang aku tahu.. Antaranya :

  1. Cinta ILLAHI (cinta hakiki)
  2. Cinta Rasul (cinta petunjuk )
  3. Cinta Ibu dan Ayah (cinta keredhaan)
  4. Cinta abang (cinta melindungi )
  5. Cinta adik (cinta kebanggaan )
  6. Cinta kawan (cinta ukhwah )
  7. Cinta yang menyinta (cinta .........)
dan ada banyak lagi lah.. Pasal cinta yang menyinta tu mesti korang lagi expert kan.... so pandai-pandai la korang pikir tu cinta apa...hahaha.. tapi entri kali ni tak spesifik la untuk cinta yang mana... semua jenis cinta pun boleh...

Persoalan untuk dijawab :
Apa yang perlu ada dalam cinta ?

Mungkin bagi aku trust or kepercayaan lah dalam malay nya yang penting dalam cinta ni... coz tanpa kepercayaan cam mana nak jalinkan hubungan kan.. tak gitu...

Tapi senario sekarang kepercayaan jugaklah yang merosakkan cinta... kerana terlalu percaya maruah digadaikan.. (kepercayaan tahap insane tuh...) jangan tiru tak baik untuk kesihatan...

Kerana percaya dangan pencipta kita melakukan segala perintah-NYA... yang ni boleh tiru.

Kepercayaan yang terjalin sehingga membuahkan rasa cinta.. amat bahaya jika tak dikawal dan amat manis jika betul jalannya..

Hmm... tapi kita juga kena ingat.. kepercayaan amat mudah untuk hilang agak susah untuk datang.... sekali ianya hilang mungkin tak akan datang lagi...so pandai-pandai la korang jaga kepercayaan dalam cinta...

hmm.. tu je kot untuk kali ni...

Penutup :

  1. Maaf la kalau post kali ni agak berstruktur.. tengah belatih menstrukturkan diri..hahaha
  2. Gula dan garam memang penting dalam perhubungan.. tapi ingat terlebih gula kencing manis.. terlebih garam darah tinggi.. so biarlah seimbang ek...
  3. Jangan sesekali hancurkan kepercayaan .....

Saturday, December 25, 2010

Lafaz yang x terungkap.

Situasi 1
Kawan :Macam mana result engkau ?
Anda : hmmmm... ok la cukup makan..

Situasi 2
Kawan : Engkau dapat mana ? Aku dapat pergi Jordan..
Anda : Malaysia ja... (sambil menghembus nafas..)

Situasi 3
Kawan : Engkau dapat kos apa.? Aku MEDIC UIA..
Anda : Kos biasa-biasa je...


Itu lah hint-hint yang berkaitan untuk post kali ni... Situasi ni aku sendiri yang alami.. gara-gara exam oriented di negara kita ni..hahaha....

ENTRI fasa I :
Baru-baru ni exam bagi student UPSI baru je keluar... So rata-rata status facebook budak UPSI ni pasal kesyukuran dan kepasrahan terhadap RESULT exam ni... tak terkecuali la aku..hahahaha

Antara istilah tipikal yang digunakan bagi menggambarkan result :

  1. Tahniah
  2. Syukur ke hadrat ILLAHI (islamic ckit)
  3. Aku redha atas segala ketentuan ( ala-ala pasrah)
  4. Next time cuba lagi
  5. Mungkin tak ada rezeki...
Tapi ada beberapa istilah yang agak jarang di jumpai :

  • " maaf anda berhutang RM 0.20 "
  • Sorry due to RM 0.70 your result could not be shown
Aku nak tergelak baca status yang unik tu.. (moral : lain kli jgn pinjam buku library..hahahaha )

ENTRI fasa II :
Bila result tinggi + gempak + meletop... ucapan tahniah tu memang la biasa... tapi yang tak tahan tu ada pulak buat akuan jujur  macam ni..:
" tahniah la atas kejayaan ENGKAU.. Engkau lain la bijak.. aku bukan gifted macam ENGKAU..Aku memang macam ni.....  "

Owh ok FINE ! Rasa nak lempang je kalau yang cakap macam tu..!
Ayoooo! W T H.... !

Tu la manusia... selalu tengok benda depan mata... tak pernah  nak pikir dalam-dalam... Analisis tahap tadika..

Pernah tak kita tanya dia berapa kali dia gagal sebelum dia dapat pegang manisnya kejayaan...

Pernah tak kita pikir berapa kali air mata kagagalan membasahinya sebelum aira mata kejayaan menjengahnya...

Pernah tak kita fikir berapa kali apple jatuh atas kepala Sir Isaac Newtown sebelum dia sedar tu sebenarnya graviti....

Pernah ke kita pikir....
hmmm....

Rezeki sememangnya ketentuan ILLAHI... Kita hanya layak untuk berusaha...



P/S : Better late than never...






Tuesday, December 14, 2010

Running... 4 what.???

" Jogging , jogging... and jogging...Itulah aktiviti aku dan beberapa family debat setiap petang.. Al-maklumlah ada yang nak kuruskan badan..huhuhuhuhu... Aku bukan lah jenis yang sporty ala-ala atlet sekolah.. tapi jogging tu guna kaki dan aku suka..huhuhuhu."

Artikel or entri kali ni pasal berlari.... Lari banyak konsepnya... 1.lari dari sesuatu.. 2.lari mengejar sesuatu... or yang paling hampeh sekali.. 3.lari coz dah tak ada kerja nak buat... So anda semua budiman lari mengikut konsep manakah.... jangan yang ketiga sudah..huhuhuhu

Dari sekolah menengah lagi aku suka buat something guna kaki...( sepak menyepak tak termasuk ek.) .... Berbanding naik motor atau kereta atau apa sahaja kenderaan bermoto aku lebih suka jalan kaki.. motifnya kalau jalan aku rasa lebih secure... coz dah terdidik the only thing you could trust is yourself...(matilahhhhh.... main bola konfem fail kalau pakai moto macam tu.)

So masa kat sekolah menengah seperti yang korang semua tahu aku ada someone yang aku gelarkan adik... Adik ni,  aku memang salute la kalau bab sukan ni... bola sepak memang faveret die.. Lari-lari pun die memang laju.. (tercaras aku.).. . Tapi nak buat macam mana masing-masing ada kelebihan sendiri.. Berkenalan dengan adik membuatkan minat aku tentang acara larian ni makin mendalam...

Setiap kali aku pergi menyertai acara larian aku akan bayangkan adik melihat aku.. dan disebabkan itu aku akan cuba ke akhirnya... dan jika aku berasa penat aku akan fikir apakah yang adik akan buat... (dah tentulah akan meneruskan larian..) .. Terima kasih adik.... Maaf jikalau abang tak pernah menceritakan hal ini kepada adik...

P/s : Adik... izinkan abang untuk berehat seketika kerana untuk mengejar adik yang terlalu laju kehadapan... abang masih tidak mampu.. namun percayalah suatu hari nanti kita akan tetap berlari beringan.. cuma abang harapkan adik untuk terus menunggu...

Sunday, December 5, 2010

Tragedi Malam Gala..

" Runnaway like a coward. what the hell i'm thingking on that day... "

Phantom Of the Opera tema majlis makan malam KDBM bertujuan meraikan senior-senior KDBM ... Hmm.. dan aku ditugaskan di bahagian teknikal.. Dalam hati ini berkobar-kobar ingin buat tugasku dengan terbaik... Bagi aku kata-kata "ok lah itu je yang aku mampu.." tu hanya sekadar EXCUSES.... Kerana seseorang yang pernah rapat ngan aku pernah berkata... untuk menutup kelemahan kita, kita boleh letak seribu satu alasan..

Berbalik kepada MALAM GALA... Minggu tu memang ada banyak la jugak presentation untuk course aku... hmm.... but seriously to say NO is reaally not me.. (i blame myself for that..). Aku juga ditugaskan untuk membuat video untuk bakal-bakal penerima anugerah... satu penghargaan buat ku....

Malam yang ditungu-tunggu.. dan aku akhirnya sempat menyiapkan video-video tu... Dalam hati agak nervous coz nanti nak tunjukkan kat budak-budak KDBM yang lain.... hmm... cam mn lah nanti...
Din !.Din.! ni lagu unuk acara hari ni ok... dan ini pulak tentatif nya...

Hmm.. aku mengiakan sahaja tanda faham.. tanpa mengetahui itu kesilapan terbesar aku pada hari itu...
Majlis dimulakan dengan makan-makan... Lalainya aku ketika itu...sehingga melupakan amanah yang diberikan kepada aku sebagai ajk teknikal... (masya-ALLAH.... maafkan lah hamba-MU yang lalai ini.)
Bergurau senda dan makan....hahahaha...

Setelah itu, tetamu VIP mula masuk.... dan aku seharusnya mengawal muzik iringan...1st lagu suksess... pastu aku perlu pula memainkan lagu yang ke-2 bagi meraikan kemasukan senior-senior KDBM...
CLICK! Tiba-tiba kedengaran muzik lain dari yang seharusnya.... Aku agak terkejut dan aku memberikan key kepada agar teruskan jew kemasukan tu... go on ja... Aku mula merasai kekalutan berada di dalam bilik itu....

Kesalahan demi kesalahan aku lakukan .... Dalam hati aku tak henti-henti terpacul perkataan maaf , maaf dan maaf... Ingin sahaja aku keluar namun tugas masih belum selesai.... aku teruskan juga.... dan akhirnya berakhirlah majlis tersebut.... (terima kasih kepada ABANG BAI kerana sanggup membantu dalam kekalutan itu..)

Sesi seterusnya adalah sesi bergambar...  Aku melihat mereka begitu bergembira bagaikan majlis tu tanpa ada kesalahan.. dan memanggil aku untuk brsama mereka... Melihat keadaan itu perasaan bersalah aku terus menguasai aku.. dalam hati aku... aku tertanya kenapa mereka tak salahkan aku... aku tahu aku yang salah... sikap mereka yang seakan tiada apa-apa yang berlaku....

KENAPA ! KENAPA! KENAPA!...... JuST tell me i'm wrong.. i'm the one who blew it.. i'm embrassing you guys... KENAPA !.coz i know. that is what i deserve....

Lantas kerana aku tidak tertahan lagi dengan perasaan ini aku terus keluar.... tanpa memberitahu mereka.. lari bagaikan seorang pengecut... hahahaha.... (maafkan aku..)..

 Sesampai di bilik beberapa kali deringan hanset aku kedengaran.... (maaf kerana aku tidak menjawab..) kerana aku tidak tahu bagaimana nak berhadapan dengan kalian... Dan mesej aku terima... mengatakan ... itu bukan semua salah aku....

Ingin sahaja aku terus lari dari situ.... bersendirian... terlalu baik mereka... dan aku tak layak untuknya..... aku tak sanggup mereka terluka kerana aku... Ingin sahaja aku ingin memberikan yang terbaik untuk mereka..aku tidak mahu mengecewakan mereka.. kerana.........................

Aku lari pada ketika itu bukan kerana aku malu membuat kesalahan.. tapi aku tahu itu bukan lah yang terbaik aku boleh buat.... Aku leka dan cuai... andai kata aku mengambil berat tentang tugasku perkara sebegini tidak akan berlaku.... mereka tidak perlu menutup kesalahanku...... Aku tidak membuat persiapan....

itulah yang menyakitkan hati ini ketika itu... bukan kerana aku membuat salah tetapi kerana itu bukan yang terbaik aku mampu lakukan..... (MAAFKAN KERANA MENGECEWAKAN..)

P/s: MAAF.. itu sahaja yang aku mampu katakan... maaf, maaf dan maaf... kerana aku tahu begitu payahnya memupuk kepercayaan dan bgitu mudah untuk meruntuhkan.. dan pada malam itu.... aku mungkin telah meruntuhkannya..... MAAF..!

Friday, December 3, 2010

waiting n waiting... must I or...? ?

" Syukran jazillan ...diucapkan buat semua famili debat kerana sanggup meluangkan masa kalian yang begitu berharga dek semata-mata ingin menyambut befday diri ini...(ceh ayat ala-ala terharu gitu..)..Kek tadi memang BEST...n present tu I LIKE..huhuhu "

Buat sahabat-sahabat di facebook yang mengirimkan ucapan befday.. Ketahuilah bahawa diri ini amat menghargainya dan buat Cik Nabila Borhan yang sanggup menghabiskan kredit untuk mendengarkan lagu befday.. terima kasih banyak-banyak..

Tak lupa juga buat coursemate yang telah menghabiskan duit untuk belanja di restoran No Name... Ada masa kita study sama-sama lagi... Cemerlang la korang... Lain kali tak segan dah...hahahaha

KORANG semua memang terbaik... I LOVE YOU GUYS>>..



Tapi dalam setiap yang hitam ada yang putihnya.. dalam kebahagian ada dukanya... Kerana pada tahun ini aku masih menunggu.... Penantian yang aku tak tahu bila ia akan berakhir.. Tapi malam ni aku rasa agak bodoh kerana menunggu sesuatu yang belum pasti sedangkan dihadapan aku dikelilingi oleh mereka yang mewarnai hidup aku... mereka yang selalu bersama aku... ( YA ALLAH .. Tunjukkanlah aku yang mana ilusi dan yang mana realiti.)

Sedang aku menulis entri ini... aku masih menunggu dan terus menunggu... Ingin saja aku berhentikan masa (ala-ala citer back to the future )... mengharapkan penantian itu berakhir.. Agar tidak lagi aku teragak-agak dan ragu-ragu...  Sesungguhnya hati ini sungguh lemah dalam meyakinkan diri ini...

Should I wait for another year ...??  Argh.... hate this waiting.... But why do I ?. no one force me is it..      (tiba-tiba bermonolog..)..

They the reason i try hard to reach till now but happened that they seem getting further... untill unreachable for me.. Ya Allah sungguh berat ujian ini .. setelah ENGKAU jadikan itu nikmat ENGKAU jadikan itu dugaan..

The day i would end it YOU show me there is hope... and when i try to believe it, it's gone...  PLEASE show me the path .. LEAD me the best way YOU had written for me... Untill then I should waiting....perhaps...

p/s : for someone who is waiting.... don't torture yourself... don't attach to something too long or you will be lost in despair.... (reminder for me and you )..waiting is hopeless....

Thursday, December 2, 2010

WARKAH buat sahabat..

"Entri post kali ni aku khaskan buat yang pernah menggelarkan diri ini sahabat ... Tak pernah berniat walaupun sekalipun untuk melupakan kalian... bahkan jauh sekali untuk membenci kalian.. kerana di minda ini tak pernah terpadam saat duka dan duka kita bersama....."


Hari ini sekeping nota telah dikirimkan kepada aku.. Aku membacanya SAHABAT.. dan terima kasih kerana jujur kepada ku.. Aku begitu menghargainya ..
Kalian berkata KENAPA :

  1. Aku sombong..
  2. Lupa kawan..
  3. Time diperlukan selalu tak ada
  4. Jumpa kawan baru terus tak ingat yang lama
  5. Bajet pandai.
  6. Time ajak keluar selalu je tak ada masa
  7. Tahu study je...
Aku bersyukur kerana ada kawan seperti kalian .. .. .. Tak pernah terdetik untuk menyakiti hati kalian.... tapi terima kasih kerana masih sanggup untuk menggelarkan diri ni sahabat...
Ketahuilah perasaan sebenar diri ini.... Sebenarnya ingin sekali hati ini bersama kalian.. melihat kalian ketawa.. duduk berbincang bersama,... Lupakan sekejap masalah... tapi hakikatnya aku TAKUT..apabila bersama kalian...

Aku TAKUT yang suatu hari nanti aku terpakasa kehilangan kalian.... Aku tak ingin lagi meratapi pahitnya lagi perpisahan... Sudah ramai yang aku sayang telah pergi.. dan aku tak mahu bila kalian yang rapat dengan aku turut akan pergi.. Benar kata orang setiap pertemuan ada perpisahan... tapi cukuplah air mata ini mengalir..

Aku TAKUT bila aku bersama kalian aku akan meyakiti hati kalian.. jadi aku pilih untuk menyendiri... Aku tak bermaksud untuk belakangkan kan kalian selepas kita pernah duduk semeja...

Aku study siang dan malam... kerana aku TAKUT aku tak dapat membantu kalian apabila kalian perlukan aku... dan apabila melihat aku dapat membantu kalian aku berasa puas....

MAAFKAN AKU SAHABAT....
KERANA KETAKUTAN INI KALIAN YANG MENJADI MANGSA
HANYA INI YANG AKU MAMPU KATAKAN...

Blogger Templates

Blogger Templates
Publish Post

    

FairyTail..by ALEXANDER RYBACK

Video pilihan minggu nie....hahahhahaha..
Aku tak tahu kenapa.. tapi aku suka lagu nie... ia agak memberi makna yang tersendiri...... but hopefully.. you guys enjoy r.... x wugi kalu tengok... (rugi masa ada kot...huhuhu)


Blogger Templates

Blogger Templates

Wednesday, December 1, 2010

Cita-Citaku bukan IMAGINASIku..huh..??

" Awak nanti besar nak jadi apa ?... Jadi Polis cikgu... dengan selamba menjawab. "

Cita-cita itulah motif entri kali ni... Sape yag tak ada cita-cita... Tanyalah seusia jagung sekalipun mesti ada cita-cita.. Masa aku sekolah rendah dulu.. cita-cita paling faymes nak jadi doktor, polis dan bomba....tapi sekarang aku tanya adik aku yang paling kecik die nak jadi Orang yang pergi angkasa ( astronout la tu...) Kelas kau...hahahahaha.. Mungkin la terpengaruh dengan Syeikh Muzaphar tu kot... Cikgu aku pernah pesan kena bezakan antara cita-cita dan cinta... Tapi kawan aku yang sengal ni tanya balik kat cikgu tu... macam mana kalau cita-cita saya untuk bercinta....hahahahahaha..... terdiam cikgu tu....

Masa aku kecik aku nak jadi polis.. Sebab kerja macam adventure.... boleh kejar-kejar.. (terpengaruh dengan Gerak Khas.. ). Tapi semakin aku menjejak usia.. Cita-cita aku terus berubah.... Kalau orang tanya aku akan cakap je aku nak jadi bomba, polis, doktor ,cikgu or benda-benda tipikal cam gitu.. tapi aku tak kisah.. Sebenarnya cita-cita aku nak jadi KAYA.... So tak kisah la kerja apa pun asal kaya... (mesti halal....)

Pastu masa aku form 1.. ada satu kartun yang agak popular.... YU-GI-OH... Kartun pasal orang lawan kad dan kad tu boleh keluar monster.... dan karakter yang aku minat salah satu PEGASUS....(korang search la YouTube kalau nak tahu pasal kartun ni....) . PEGASUS ni dia ada sebuah pulau... So dari situ aku bertekad la... lepas cita-cita kau nak jadi kaya tercapai aku nak pergi beli pulau pulak... 

Pastu korang tahu tak apa aku nak buat kat pulau tu....huhuhuhu... Kalau boleh aku nak kumpul semua anak yatim dan train diorang untuk jadi manusia-manusia hebat... (fasih berbicara, hebat dalam ilmu dan terbaik dari setiap aspek...). Kat Pulau tu aku akan pastikan jauh dari kekorupsian dunia sekarang...  INSYAALLAH...

Tapi aku tahu cita-cita ini hanya akan jadi imaginasi jika sekadar angan-angan... Disebabkan itu kegagalan it's not an option (ala-ala mission imposible gitu..) Aku akan berusaha sehingga cita-cita ini akan tercapai.....

Monday, November 29, 2010

Love him/her/them/thing..??? expresss it..!!.

" Adoyai tajuk..... ! Dari sehari ke sehari mesti korang kata makin menggatal...huhuhuhu.. but well ni blog aku.. ada aku kisah..huhuhuhuhu ....jangan marah ek... "


Sebelum aku teruskan entri ni aku perlukan betulkan minded gatal korang ni... LOVE yang aku nak cakapkan ni tak semestinya CINTA yer... LOVE kat sini lebih general which is mean SAYANG.....
So secara konklusinya LOVE=SAYANG... harap maklum....

Aku bukanlah seorang yang mahir dalam nak bercerita tentang ni.. tapi sebenarnya entri kali ni aku tujukan bukan setakat yang baca blog ni tapi sebenarnya juga untuk aku sendiri... Coz ada orang pernah bagitahu aku pasal ni...tap disebabkan oleh kedegilan aku... (ada aku kisah..) ..Masa tu aku rasa ekspresi tak semestinya dengan kata-kata kan.... dengan perbuatan pun boleh...

Tapi jelas sekarang baru aku paham... Walaupun bagaimana kita cuba untuk menunjukkan LOVE itu.. kalau tak ekspresi dengan kata-kata.. kita yang akan rugi... Seperti kata leluhur, "lain orang lain caranya" so mungkin cara yang kita tunjukkan itu adalah tanda sayang kita tapi adakah itu cara dia... tepuk dada tanya selera....

Mungkin ada yang menyatakan ada ape dengan kata-kata.... tetapi secara hakikatnya rasanya semua orang tahu bahawa ekspresi dengan kata-kata adalah lebih susah... Maklumlah sapa yang tiba-tiba nak beritahu kat kawan dia " saya sayang awak.." sah-sah  la kawan engkau akan cakap engkau tak sihat...Silap ari  bulan dia anta engkau kat TANJUNG RAMBUTAN....

Tapi nak buat cam mana minded orang kita... Kalau cakap sayang kat kawan.. dia cakap GAY pulak.. tapi kalau cakap bodoh, sengal  dan sebagainya yang negatif boleh la pulak.. .adoyai... Tapi serius la.... beritahulah sebelum terlambat..... Kerana tiada siapa yang dapat menduga esok...

So sampai disini jew la entri kali ni....yew ..renung-renungkanlah....

saya sayang kamu semua....!!!Blogger Templates

Blogger Templates

Tag dari Cik MUS..!!

Tag kali ni pasal 10 benda yang aku suka n tak suka time cuti UNIVERSITI..huhuhuhuhu...Adoyai..!.
Dahlah bersyarat lagi tu.. kena mula dengan "M"...So terimalah...

SUKA-SUKA.!



  1. Mencari pasal dengan adik yang bongsu (dengan abang tak berani.)
  2. Menyakat kawan-kawan di facebook..
  3. Mendownload movie..
  4. Menghabiskan stok makanan di dapur
  5. Main game sampai tak ingat...
  6. Message epi oliday kat kawan-kawan yang tak cuti. (bagi jeles )
  7. Menghabiskan duit dalam akaun yang tersimpan.. (Sakit-sakit )
  8. Main bowling dengan kawan.. (walaupun gaya je lebih..)
  9. Menonton MOVIE.. (kan tadi dah download... )
  10. Menghabiskan minyak moto...


TAK SUKA..! (redha jew..)


  1. Menidurkan diri sampai tangah hari...
  2. Melengahkan solat (walaupun kekadang tu buat gak..)
  3. Mandi pagi..huhuhu.. (kat rumah sejuk..)
  4. Mengemas bilik..... (nanti bersepah balik..)
  5. Menyiapkan homework... (kata cuti )
  6. Membeli surat kahabar ...( kedai paper jauh la...)
  7. Menonton citer melayu.. (tapi sekarang tengah cuba meminatkan diri..)
  8. Menanam pokok.. ( bukan pecinta alam macam Syam..)
  9. Makan roti.. ( ni Malaysia bukan middle East nak kena makan roti..)
  10. Membaca novel... ( komik boleh la... )
tu la saje serba sedikit ... MUS terjawab x soklan...

Sunday, November 28, 2010

Adikkan ada.!

" the day that i though i'll be lonely.. the day day i drop countless tears.. the day i felt being left in the dark... is the day you come and hold my hand.. just you i'm glad to be with... "
                                                                                                                 from :                                                                                                                       BROTHER


"Aku ingin berubah !".. Satu ungkapan yang cukup mudah untuk dilafazkan tetapi memang sukar untuk dizahirkan.. . memerlukan keazaman yang kuat dan perlu ada satu sebab yang cukup kuat... tapi ada juga yang kata..kalau nak berubah tak perlu sebab.. sampai je seruan berubah la dia.. hmm... mungkin


Bagi sesiapa yang pernah mengalami fasa perubahan ini mungkin akan memahami entri pos kali ni... Aku juga pernah mengalami fasa perubahan ini.. dan bagi aku fasa ini masih berterusan sehingga sekarang...  (fasa perubahan ni INSYAALLAH akan diceritakan dalam entri yang lain ek...)




Form 3 adalah satu time yang paling aku tidak boleh lupa... masa tu aku menduduki PMR... satu kelas memang dah jadi macam family.. Tiap  malam kitorang study sama-sama... bincang soalan-soalan...  sama-sama tido kat bilik study.. tukar shift time study (gilir-gilir berjaga malam time study ) besh sangat.. walaupun penat tapi masih sama-sama boleh gelak.... memang seronok )


Alhamdulillah result kitorang pun juga membuahkan hasil yang cukup cemerlang dan tahun tu PMR adalah antara yang cemerlang...Ramai yang dapat 9A termasuklah aku.. syukur ..
Tahun kemudian dapatlah kitorang sama-sama masuk kelas pertama kelas IBNU KHALDUN.. Namun itu hanya sementara... dalam masa 3 minggu result bagi tawaran SBP pun keluar... ramai yang dapat tawaran.. dari sehari ke sehari makin ramai yang dapat tawaran..


Melihat mereka pergi tanpa mampu berkata apa-apa.... hanya tuhan yang tahu perasaan aku ketika itu.. Bagi seseorang yang baru sahaja mengenal erti sebuah persahabatan terpaksa mengenal erti pahitnya perpisahan..  Masya-ALLAH....pedihnya hati ini... Ingin saja aku menahan mereka daripada pergi...  


kapasiti kelas kami semakin berkurangan.. ada seorang sahabat bercerita bahawa dia amat sedih melihat keadaan itu.. dan bagaimana perasaan aku apabila melihat seorang sahabat menitiskan air mata tanpa aku dapat berbuat apa-apa... how useless i felt on that day...


Sepanjang kejadian itu... hampir tiap-tiap malam aku tidak tidur di bilik... Kerana aku tahu aku adalah insan yang amat lemah apabila time megucapkan selamat tinggal... dan aku tidak mahu mereka melihat aku dalam keadaan lemah.. Aku akan tidur di bilik lower form.. lagipun bilik diorang ada katil kosong.... Dalam masa yang sama melihat telatah diorang yang baru first time masuk asrama memang dapat sedikit sebanyak mengubat pedih di hati....


Ada satu malam.. budak-budak lower form ni suruh aku cerita tentang mistik-mistik kat asrama ... hahahaha... Mula-mula nak tergelak jugak.pastu aku cerita la kat diorang... cerita turun temurun..hahahaha... pada malam tu juga lah aku kenal seorang budak... die tersenyum je..Jadi aku tanya la nama dia....  Selepas pada malam itu kami agak rapat.. macam belangkas......huhuhuhu... 


Ada satu hari aku banyak sangat homework jadi aku berhajat untuk siapkan kerja aku kat bilik study... lebey krang dalam area hampir pukul 12.00 tiba-tiba dia datang bilik study teman aku... memang aku agak terperanjat... padahal masa tu nampak sangat muka dia mengantuk ( muka student ala-ala time waktu subject sejarah...hahahaha)...


Waktu yang insya-ALLAH akan aku ingat selagi hayat dikandung abdan apabila time hari terakhir kawan-kawan yang akan transfer berada di sekolah tu.. memang aku tak dapat tahan sebak .... tapi tanpa aku sedari dia datang dan beritahu satu ungkapan yang tak mungkin aku lupa.. walaupun aku memang dah anggap dia macam adik aku.... Dia menyapa dan berkata kan adik ada!.... (mood : ala-ala terharu )


Yup ! kesedihan menutup pandangan aku untuk menghargai sesuatu yang berada dihadapan.. sesustu yang cukup bernilai.... seorang adik ...sedangkan aku meratapi pemergian yang memang dah berlaku...




p/s: cerita ini mungkin ada twisted namun plotnya masih sama sebagaimana ingatan aku tentang adik...






                                                                                                           ~to be continue ~






Blogger Templates

Blogger Templates

Tuesday, November 23, 2010

FIRST SOng.. why SPECIAL..???

" You're way too beautiful girl......That's why it'll never work.....You'll have me suicidal, suicidal....When you say it's over.."


Sape yang hidup sezaman dengan aku mungkin penah dengar lagu nie kan...
lagu nie faymes time aku form 5 (rasanya ).. Lagu tu tajuk beutiful girl dari sean kingston... Walaupun aku suka dengar lagu tapi aku paling susah nak hafal lirik lagu.. paling cemerlang pun boleh la separuh lagu...
adoyai... !!

Masa aku form5 aku jadi ahli majalah editor sekolah... Cuba teka sape yang jadi ketua editor... ehem2.. DIA lah yang jadi.. hahahaha.... (no negative minded ek)..

p/s :Aku jadi ahli editor bukan sebab nak mengorat dia tapi ada senior yang pilih


So sebagai ahli editorial.. ada satu EVENT yang grand yang perlu dilaksanakan setiap tahun... iaitu PHOTOSHOOT TIME !!...


Event tu berlansung la dalam 3 hari... ALHAMDULILLAH semua lancar...
Tapi lepas event tu lagi kitorang sibuk.. nak tempah lagi, nak kutip duit lagi, n banyak r...

Ada satu hari aku n seorang junior  tapi ahli editor gak la kena buat kerja packing gambar... Lepas kelas kena terus pegi bilik majalah... (bayangkan tengah hari orang lain semua tidur kena pegi buat kerja melintasi mentari gunung sahara..! )

Kuatkan semangat pegi la..dalam masa masih yang sama cuba mengikhlaskan diri..  Sesampai aku dibilik istiqamah with the Junior.. DIA n kawan dia pun ada sekali...
(dilema : nak masuk or terus berlagak macho sambil berdiri sehingga dijemput..hmm..)

"Eh, masuklah .banyak lagi kerja ni !" kata kawan si DIA...terus menjawab dilema aku...
packing-punya packing tetiba aku tak ringtone hanset bunyi lagu si Sean ni... So alang-alang bosan cuba la nyanyi sekali... pastu habis chorus aku senyap n ada not berterabur .... kantoi la dengan DIA aku tak
ingat lirik...

"Tak kan lagu tu pun tak ingat..adik kat umah pun boleh ingat .."kata si DIA ..Adush..agak berbisa kata-kata yang dikeluarkan... (rasa macam nak menyorok bawah meja)...  pastu ada lagi DIA cakap.."Meh nak ajar nyanyi lagu tu.." ...

Tersentap sekejap... (dalam hati mahu tapi malu.... hahahaha) ..  pastu aku pun membalas... OK JEW...

hahahaha......
Jadi bermulalah sesi jangan lupa lirik... aku ingat DIA nak ajar main-main.. tapi dia ajar sampaila aku ingat lagu tu.... huish.. tinggi keazaman DIA ni....hahahaha... Yang jadi mangsa budak junior tu pun DIA ajak suruh ikut sekali sampai ingat...hahahaha..

Secara konklusinya tu lah lagu pertama yang aku boleh ingat sampai habis...huhuhu

SO... SPECIALKAH???


 P/s : sekarang dah lupa balik...

Blogger Templates

Blogger Templates

Tuesday, November 16, 2010

Melayu masih kuat jika...Hmmmm

"Hmm..... keadaan di atas bas yang agak bising membuatkan niatku untuk tidur dalam sepanjang perjalanan ke kelantan tergendala..apalah nasib..huhuhuhu"

Jadi terciptalah sebuah sajak diilhamkan dari kegagalan tidurku di atas bas..hahahaha
PERINGATAN : TAK ADA KAITAN ANTARA YANG HIDUP ATAUPUN YANG SUDAH MENINGGAL DUNIA..

MELAYU MASIH KUAT JIKA  I >>>>.

Melayu,
Namamu gah di nusantara,
Terdiam kaku yang menyebut namamu,
Namun itu puluhan tahun dahulu,

Melayu,
Melayu masih kuat jika,
Perihalnya berkata-kata,
Menusuk menghiris kalbu,
Bersenjatakan lidah tak bertulangYang hina diangkatnya tinggi,
Yang mulia direndahkan darjatnya,

Melayu,
Melayu masih kuat jika,
Perihalnya sengketa,
Semangat Hang Tuah jadi pegangan,
Takkan melayu hilang didunia,
Jatuh jangan disangka kalah,
Akan bangkit  terus berjuang,


:Boleh siap 2 rangkap je.... lepas tu ilham dah habis... tolonglah sambung...hahahahaha
Blogger Templates

Blogger Templates


Friday, November 12, 2010

falling star-david archuleta



This song has very meaningful lyrics..
lagu ni memberi kita peringatan yang semua boleh berlaku..
there is nothing impossible.. 
mungkin hari ini kita rapat macam famili
tapi x mustahil jika esok adalah musuh...


fikir-fikirkanlah... sayangilah mereka disekeliling kita with all your heart ketika mereka masih berada disisi..


kerana bila the wheel turn.... maybe it's already useless....

Thursday, November 11, 2010

Choicesssss,,,,,,, = Peningggg....!

"  hmm...this or this.....could i get both"......that is the scenario everytime i go to the KFC or McD..

Orang kata hidup ini penuh dengan pilihan... so kita kenalah pandai buat pilihan... tapi macam mana ek nak pandai buat pilihan... kena ambil kursus or  memang lahir dari hati (macam sixth sense tu.. ).... tapikan serious aku bagi tahu.. aku memang sukar untuk buat keputusan..(beberapa tahun dahulu la...)

Bukan apa.. ni semua pasal aku selalu je salah buat pilihan.... so bagi membantu aku buat pilihan terbaek... aku telah merancang 3 strategi...hahaha
  1. suruh kawan aku yang buat pilihan
  2. pilih je yang pertama terlintas (nasib la kalau yang terlintas tu choi)
  3. pilih dua-dua  



:membuat keputusan untuk tidak memilih juga sama dengan memilih untuk tidak berbuat apa-apa  ( renung-renungkan)

Wednesday, November 10, 2010

UP 1= Ujian Pengesanan 1 = Untuk Pertemuan 1..

"  shh..jawapan nombor 1 ni apa ek ?"... Dengan yakin aku memeberitahu jawapannya A.. walaupun dalam hati langsung tak konfiden..

Begitulah pertemuan pertama yang tak mungkin aku akan lupakan. Walaupun kitorang satu kelas, tapi tak pernah bertegur..dan masa UP1 itulah rasanya aku sedar tentang kehadirannya di dalam kelas itu..hahahaha....
Sebagaimana yang korang semua tahu, aku bukanlah yang jenis peramah tahap hyper... jadi aku kenal sapa-sapa yang tegur aku or pernah terlibat dalam satu event je...


So berbalik pulak pada cerita aku ni.. Serious aku tak tahu apa tapi ada something pasal dia yang buat aku rasa tertarik bila die senyum.. Kalau boleh aku nak tengok die senyum hari-hari..hahahaha.. (agak gatal disitu)..




Lepas exam tu kitorang makin rapat.. Dah boleh gelak sama-sama n gosip sama-sama. Nak dijadikan citer pulak ada satu cikgu tu perlukan seorang wakil lelaki dan seorang wakil perempuan utuk baca sajak dalam kelas dia. Budak-budak semua buat muka ala-ala blur... pastu cikgu pun beralih ke plan B (paksa rela).. Aku lah yang kena n perempuan pulak DIA...(ada jodoh la tu...). 1st time duet baca sajak dengan perempuan..




: tu la saje citer rentetan daripada UP1 aku n DIA...                          
                                                                                                                            to be continue...

Sunday, November 7, 2010

Goth Boy II (PA)

Whenever i could see the people who dump friend today and get the new one the next day...
i really adore them..


Public Relation ataupun Perhubungan awam ataupun secara ringkasnya PA..
Hmm.. orang kata benda tu penting sangat ..
betol ke??.. Tepuk dada tanya selera..

Aku amat kagum dengan orang yang ada PA yang tinggi...
Macam kawan-kawan yang aku kenal..
Aku akui tahap PA aku memang rendah giler..
Mungkin kalau tegur tu boleh la tapi jadikan someone yang baru knal jadi kwan baik in instant memang x boleh.. hmm...

Ada satu hari tu aku ada citer sumthing kat sumone..
Die cakap kita kena asetif ( tak tahu macam mana nak eja ) . Perlu berani katakan tidak..
Ya aku amat bersetuju dengan dia..
Aku pernah cuba tapi still...#$$%%^^
HMm...

Dan ni jawapan aku yang x sempat aku nak beritahu kat die :..
 I would rather be in pain compare seeing the people i know hurt because of me..
Because they only friend i have although they never admit it.... to say NO to them just make my heart hurt..

Yes i'm tired but it just temporary.. sorry 4 wasting your time that day....

Sunday, October 31, 2010

GOth Boy I

"Memang la aku lebih bijak dari engkau..
Kalau tak takkan lah result aku gempak.. Bukan macam engkau BODOH..!" sambil terus berlalu..

Kata-kata yang tak mungkin aku lupakan..
Kata yang keluar dari seorang yang sangat rapat ..
yang aku berikan sepenuh kepercayaan..
Aku tahu aku tidaklah sebijak engkau kawan..
dan engkaulah yang banyak membantu aku selama ini..

Namun adakah hari itu menujukkan perasaan sebenar engkau selama ini..
Seorang yang aku anggap kawan.
Rupanya hanyalah kepuraan dan satu penipuan..
Sakit memang sakit..
Namun apa yang mampu aku lakukan..
Hanyalah redha dan tuduk dengan ketentuan..
Betapa bodohnya aku..
menganggap persahabatan kita ini berpaksikan keikhlasan.

"mungkin ramai yang akan berkata.. apa ada dengan kawan.. kawan comes n go.. so kenapa nak sentimental sangat"

Pernah beberapa kali aku cuba meyakinkan diri namun masih diri ini terluka..
Mengapa aku perlu menyesali seorang kawan yang x pernah menganggap aku sebagai kawan..
Aku mengalirkan air mata lagi...

Aku sedih kerana engkau duhai kawan yang mengajarku apa itu kawan..
kenapa perlunya kawan..
kawan dan kepercayaan itu satu kata engkau..
namun mengapa hari ini..
engkau hancurkan pegangan itu..

MENGAPA DUHAI KAWAN ...
PERSOALAN YANG TAK MUNGKIN DAPAT AKU JAWAB KERANA HARI INI AKU HANYA MERATAPI KAIN PUTIH YANG MEMBALUTMU..


: sebuah cerita dari seorang sahabat..