Sunday, October 31, 2010

GOth Boy I

"Memang la aku lebih bijak dari engkau..
Kalau tak takkan lah result aku gempak.. Bukan macam engkau BODOH..!" sambil terus berlalu..

Kata-kata yang tak mungkin aku lupakan..
Kata yang keluar dari seorang yang sangat rapat ..
yang aku berikan sepenuh kepercayaan..
Aku tahu aku tidaklah sebijak engkau kawan..
dan engkaulah yang banyak membantu aku selama ini..

Namun adakah hari itu menujukkan perasaan sebenar engkau selama ini..
Seorang yang aku anggap kawan.
Rupanya hanyalah kepuraan dan satu penipuan..
Sakit memang sakit..
Namun apa yang mampu aku lakukan..
Hanyalah redha dan tuduk dengan ketentuan..
Betapa bodohnya aku..
menganggap persahabatan kita ini berpaksikan keikhlasan.

"mungkin ramai yang akan berkata.. apa ada dengan kawan.. kawan comes n go.. so kenapa nak sentimental sangat"

Pernah beberapa kali aku cuba meyakinkan diri namun masih diri ini terluka..
Mengapa aku perlu menyesali seorang kawan yang x pernah menganggap aku sebagai kawan..
Aku mengalirkan air mata lagi...

Aku sedih kerana engkau duhai kawan yang mengajarku apa itu kawan..
kenapa perlunya kawan..
kawan dan kepercayaan itu satu kata engkau..
namun mengapa hari ini..
engkau hancurkan pegangan itu..

MENGAPA DUHAI KAWAN ...
PERSOALAN YANG TAK MUNGKIN DAPAT AKU JAWAB KERANA HARI INI AKU HANYA MERATAPI KAIN PUTIH YANG MEMBALUTMU..


: sebuah cerita dari seorang sahabat..

1 comment:

  1. sabar ye din..
    Allah sentiasa bersama dgn orang yg penyabar..
    Tahniah kerana berjaya menjadi insan yang berjaya mendalami maksud persahabatan yg sebenar :)
    ( berdasarkan lagu blog, ehehe )

    ReplyDelete