Sunday, September 16, 2012

Kerana Ego Aku Menulis


Salam sejahtera buat semua “Readers”
Harapnya semua dalam keadaan baik-baik sahaja. (InsyaALLAH)
Tagline baru buat blog ini ialah “ KERANA EGO AKU MENULIS
Jadi entri kali ini akan berfokus kepada tagline baru ni… ( Semoga dapat dibaca J ! )

Dalam hidup kadang-kadang ada benda yang tak terucap dan ada rasa yang tak terluah dek kerana Ego yang meninggi . Maruah diletakkan pada darjat.  Yang benar tak terucap . Rasa hanya tinggal rasa.

Sebenarnya itu perkara biasa. Bukan senang nak beritahu sesuatu perkara tambahan pula jika melibatkan hati dan perasaan. Itu masalah aku yang tak pernah dapat aku selesaikan. Bukanlah tak pernah nak cuba. Ingin sahaja “Looking straight to the person eyes and telling the truth. Telling what i feel ”. ( Perghh... serius ni perlu “life time training” bagi aku..)

Jadi disebabkan kelemahan aku , aku memilih untuk memberitahu mereka dengan menulis. Sebenarnya bukan melalui blog sahaja. Medium lain pun ada. Sebagai contoh mesej, facebook dan tweet.  (tapi  orang kata kalau tak “face to face” tak ada soul..hmm)

Tapi kan kenapa kerana ego ?

Bagi aku Ego aku sangat tinggi. Kadang-kadang tu bukan la tak perasan. Tapi disebabkan dah terbiasa tak tahu macam nak “revert” balik. Pernah ada satu ketika tu hanya nak minta maaf tapi susah betul nak cakap. Sampai malam tu kena insomnia kot sebab nak fikir macam mana lah nak beritahu orang tu.

Sadis kan.  Jeles gak tengok orang lain yang selambe je buat “Confession”. .. (-_-“)..

Semua jadi “Complicated” apabila benda yang hanya boleh dilafaz dalam beberapa saat terpaksa mengambil beberapa perenggan untuk ditulis. Itupun tak tahu sama ada yang dituju itu sampai ke tidak... (arghhh....!!!)

 Jadi kan sape yang tak ada masalah macam aku tu gunalah kelebihan tu dengan baik. Tak perlu lah nak “ say something that you don’t mean it..” . Jangan pula confession sekadar gurauan hati . Takut nanti makan hati..

p/s: TERBAEK BUAT KALIAN..SEMOGA..  



Monday, September 10, 2012

One sided good friends


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Harapnya semua readers dalam keadaan baik-baik sahaja.
Entri kali ini dalam bahasa English.
Maaf la. Bukan tak patriotik tapi kalau tulis dalam bahasa melayu akan jadi jiwang terlampau pula. 
Keperluan atas keterdesakan. (Selamat memabaca !!)

"When you know the feeling is not mutual. Just accept the faith and it's the time to back down."

“Don't walk behind me; I may not lead. Don't walk in front of me; I may not follow. Just walk beside me and be my friend.” 
 
Albert Camus

Having a good friend is the best thing happened in one's life but not every people could find it. As for me I may have found the term yet I’m not pretty sure either it's a good one or not. 

In my life at UPSI I've learnt many things and knowing a friend is the best part of it. Among all these friends there are several persons who are ranked above others and him is one of them. 

At first we are not so close enough since I'm neither too bright nor too outspoken to begin with. We've meet as a rival in Debate Competition and his team won the competition. (Seriously not too impressed but it was his luck I think and his final performance is quite good)

Then we start to involve in club and meet several times yet still not too close. "Debat Perpaduan" where I really start to know this person. (Quite enough to be called as friend)

Time passed and we've grown closer. With several others friend we've make a bond like brothers. Experiencing life together, sharing up and down moments just like a real brothers. (Wish this brotherhood never end)

Knowing him as a friend and as a teammate is two different things. As a teammate he teaches me to trust others and to be cool. As a friend he has shown me the qualities in every person. (Don't judge a book by looking to its cover)

Friend forever after. I've wish I could say that but seriously this is neither fantasy nor just simply animation film, it's a real life dude. Not everything goes according to plan.

Holidays are the best seasons for every student. We've got 4 month holiday's breaks and it was a blast but for me I've just manage to get 1 month ++ breaks and he probably manage to get 2 month++ breaks.

Managing life during holiday is quite a mess. Not having things to do is quite awkward since in University there are a lot of works to do. Then, I’ve decide to text a few friends that I’ve in mind.

Then, I’ve text this person who I thought is a good friend of mine. Guess what? He never replied. Being positive he may have a lot of work to do. Then, I got this news from another friend that he has been texting with.

It’s not like I’m hoping for him to text me every day or what. Furthermore, we’ve just friends. At least a simply “Hi!” rarely would be enough so that I’ve known he still alive.  

One morning, I realize this is not the first time either and all this time, most of the news about him I’ve known from others. Then, this question keeps popping out in my mind “Is it I’m the only one who thinks him as a good friend?” (Maybe I’m just a person when needed.)

One sided good friend, probably this is what it’s all about. Made up my mind and keeping busy all this holidays seasons hoping to erase this thought. (Or maybe to erase him from the list)

Holidays coming to an end and do want to believe that he is no longer yet…

Seeing him is a pain but knowing my effort is a waste is much more painful.  What will happen?  Is the one sided good friend story will keep continue or it will be no more let the CREATOR decide it.

P/s: “What is a friend? A single soul dwelling in two bodies.” 
 
Aristotle

On top of that I 'm still hoping that he have a great life (i must be crazy..) (-_-")..

  

Thursday, September 6, 2012

Syukran angin lalu


Alhamdulillah ! Dengan limpah inayahNYA masih lagi diberi peluang untuk menitipkan cebisan rasa yang lahir dari hati.

Sudah agak lama rasanya meninggalkan ruangan di BLOGSPOT ini. Apabila rasa hati  tidak selari dengan rasa jari jemari begitulah jadinya. Kepada yang sering membaca blog ini suka untuk saya mengucapkan syukran jazilan ya akhi wa ukhti.

Baru-baru ini sempat aku berkongsi rasa dengan seorang sahabat yang baru aku kenali. Pangkatnya lebih tua daripada aku namun rasanya tidak perlulah namanya disebut. Cukuplah dalam artikel ini aku menggelarnya sahabat. Beberapa nasihat yang aku rasa boleh untuk kita kongsi bersama daripada sahabat.

Larilah selagi mampu . Apabila engkau sudah penat berhentilah kerana aku akan sentiasa ada untuk kamu dan dari situ kita akan mula bertatih hingga engkau mampu untuk berlari kembali.. Terima kasih sahabat.

 Katanya lagi tidak salah untuk takut, kecewa kearana itu lumrah manusia. Tanpa takut kita tak kenal berani dan tanpa kecewa kita takkan menghargai kebahagian. Bersyukurlah dengan apa yang kita rasa.

Engkau mahu bersendiri. Itu perkara biasa . Adakalanya kita perlu untuk bersendiri untuk kita muhasabah kembali apa matlamat kita hidup di bumi  MAHA PENCIPTA. Namun janganlah engkau sendiri dalam mengejar matlamat kerana nanti akan engkau rasai pahitnya bersendiri.

Apabila engkau rasa sudah jauh tersasar jangan malu untuk kembali. Engkau tahu saudara mu di mana.

Senyumlah bila engkau berduka. Kerana engkau adalah insan terpilih. JIka engkau gagal dalam matlamat ingatlah itu tandanya ia baru bermula bukan sebuah pengakhiran.

Do you know what make tv series so popular? It’s because the continuity. Live your life.

Beberapa nasihat dari insan bergelar sahabat. Pendek masa mengenalimu tapi syukran . semoga akan ketemu lagi. Bertemu atas takdir hilangmu semoga dirahmati.
.
  

Thursday, July 26, 2012

Matlamat & Kehidupan


Assalamualaikum !
Lama sudah tidak menulis entri..
Harap pena masih mampu berbicara..

Orang kata hidup bagaikan sebuah pementasan teater. Dunia ni pentasnya  dan kita sebagai pelakon. Kadang-kadang tu tertanya-tanya juga aku ni pelakon utama ke sekadar pelakon tambahan semata-mata.  (-_-“)..

HUGO sebuah filem arahan Martin Scorsese dalam satu dialognya ada cakap sesuatu yang aku tak boleh lupa. “World is like a big machine and we are one of the components in it. In machine there is no side component. Every part has its own task. We just need to find what it is..” Cerita ni agak berat la bagi aku tapi tetap terbaik..

Baiklah, fokus kepada entri asal tentang kehidupan dan matlamat. Setiap orang mesti ada matlamat @ cita-cita @ goal (dalam omputehnye).. Apa kaitan matlamat dengan kehidupan ? Dengan matlamat kita dapat tahu kehidupan yang bagaimana yang kita ingin mahu.. (mungkinlah…) . Tapi macam biasalah manusia sekadar merancang.

Tapi kan boleh ke kalau banyak matlamat dalam kehidupan..? Bagi aku tak la salah tapi kalau banyak tu dah jadi angan-angan la kan.

Ada satu matlamat yang aku betul-betul nak capai. Dan aku kan cuba selagi aku masih termampu. Suatu hari nanti aku mahu jadi seseorang yang membanggakan orang-orang yang aku sayang. Bila ada orang tanya mereka tentang aku, dengan bangga mereka akan menjawab aku ialah saudara, kawan, sahabat, abang @ adik mereka.  

Mungkin pelik kan bunyinya. Tapi itu betul-betul sesuatu yang ingin aku capai untuk mereka. Sebagai tanda penghargaan kepada mereka. Mereka yang banyak membantu dalam susah dan senang. (tak banyak tapi masih besyukur kerana sudi..).

Maaf jika terlambat. Namun berharap kalian masih mampu untuk menunggu..  

Matlamat dan kehidupan . Apa matlamat anda dalam menentukan kehidupan anda…?

 P/S: Rindu yang menghilang. Kasih yang menjauh.. :D






Sunday, June 24, 2012

Perasaan itu

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Perasaan memang sukar untuk dijangka. Kadang-kadang sukar untuk difahami. Walau sekuat mana aku cuba menafikan perasaan itu masih lagi hadir. (-_-")...

Ada satu ketika aku cuba membuang perasaan ini kerana aku rasa itu yang membuatkan aku lemah. Membuatkan aku terlalu bergantung. Aku salahkan perasaan terhadap apa yang aku gagal. Mungkin bodoh bunyinya. 

Ada sahaja yang menegur namun tidak pula aku hiraukan. Merasa diri mampu kuat dengan sendiri. Hampir setiap malam sebelum aku tidur, aku akan yakinkan diri yang aku tak perlukan siapa-siapa. Hanya aku dan MAHA PENCIPTA sudah cukup. 

Dari itu ego aku mula menebal. Tak akan rendahkan diri demi manusia lagi. Menjadi diri "Superior" terhadap yang lain. Tak pernah kisah tentang perasaan orang lain selagi aku mampu jadi yang terbaik. 

Masa terus berlalu. Masa hadapan bukanlah sesuatu yang dapat untuk diramal. Takdir menentukan segala. Hatta aku tegar cuba membuang setiap inci perasaan namun ia tak pernah terbuang. Hanya disimpan dikunci di satu sudut jauh di lubuk hati.

Sombong. Perkataan biasa yang aku terima. Namun tak pernah terkesan dek kerasnya hati bila tak disaluti anugerah perasaan. ( Mungkin ada yang kata mustahil namun kekecewaan demi kekecewaan memungkinkan segala )..

Pernah goyah pegangan ini rindukan cerita lama. Namun ego membendung tak mahu kesilapan dulu berulang kembali. Menyangka kepercayaan mampu hanya dengan dilafaz.

Cuba berkeras meyakinkan hati namun itulah yang kelakar tentang takdir (Tak terduga). Sekeras batu pun boleh dihancurkan dengan titisan air. Inikan pula hati manusia yang memang fitrahnya lembut. 

Entahlah aku pun keliru. Mungkinkah pegangan aku sekadar retorik. (Mungkin..). Cuba menidakkan kesalahan diri pada sesuatu yang lain untuk meghilangkan rasa bersalah. (itukan manusia. )

Hmm... Namun itu semua silamku. Mungkin sudah berbeza namun masih ada yang terikat. Ego sukar dilerai sebaik ia terbina. 

:D....


Sunday, June 17, 2012

Warna Kehidupan

Kata orang hidup ini penuh dengan warna ..
"picture worth a thousand words"..
satu warna boleh menggambarkan pelbagai maksud..
Maka fokus hari ini akan memberi peluang kepada pembaca untuk meimpretasikan mengikut analisis anda sendiri..
Selamat membaca
coz this is my life...

Pengalam individu berbeza dan ini pengalaman aku. Mungkin tak sehebat anda atau seagung sahabat anda tapi terima kasih jika sudi membaca.

Kelabu. Warna kehidupan ku di sekolah rendah. " Kid with zero talent".. hanya hidup dalam bayangan semata. Apabila meningkat tahun aku mengerti merah dan kuning itu warna dunia.  Mengejarnya bermula dari kehendak menjadi keperluan. Sesal aku juga terikut dengan rentak dunia. Tak ada lagi putih untuk membimbing.

Masa berubah, hitam yang ku kenal megajar erti biru. Menyapa dengan lembut menukar rentak arus. Namun itu juga sementara, hanya titisan yang akan hilang bila tiba waktunya. Hidup bukan seindah yang dijangka kuning yang dikejar aku yang terhimpit. 

Universiti, aku mengenal apa itu ungu. Mengeluarkan aku dari hitam yang ku pendam. Hijau warna sahabat mengajar aku banyak perkara. ... warna masih belum berakhir.. apa warna selepas ini aku juga ternanti-nati.. :D

Sekadar ringkasan hidup untuk dianalisis bersama.. :)



Thursday, April 5, 2012

SAYANG

Salam..buat semua.. 
Harapnya sihat sahaja..
Entri kali ni akan berkisarkan ttg satu perasaan yang saya yakin anda semua pernah lalui..
Satu perasaan biasa lumrah dalam penciptaan manusia..
Mungkin ada yang nak kata entri kali nie jiwang, bodoh ataupun sebagainya..
Maaflah..
Bagi insan yang tak pernah jelas dengan erti sayang..
Sayang itu sukar untuk diungkap ..
Sungguh abstrak untuk digambarkan..
Mungkin mampu untuk dirasa dan bertuahlah yang merasa..

"dean36"

Entri kali ini mengenai seorang insan yang sangat benci akan rasa itu...

Pernahkah anda dikecewakan oleh insan yang anda terlalu sayang..insan yang mengajar anda erti sayang... sehingga anda tutup hati anda untuk disayangi dan menyayangi... ?
Apakah rasanya sehingga ada berjanji untuk membuang rasa itu.. ? Rasa yang menjadi lumrah dalam kehidupan manusiawi..

Insan ini pernah..
SAkit.. sangat sakit.. setiap titisan darah tika itu mejadi saksi ....
Itulah kali terakhir ia akan berlaku..
Tak akan ada pengulangan lagi..
Menyusun semula kehidupan..
Kalau boleh ingin sahaja dipadam semua silamnya..
Berubah dan terus berubah sehingga tiada lagi dirinya yang lalu..
 
Senyuman itu hilang..
Hanya benci jelas di mukanya..
Hidupnya bagaikan permainan..
Dan terus untuk kehadapan..
Mengejar untuk jadi yang terbaik..
Untuk berada diatas..
Agar semua orang tahu dia bukan lagi yang lemah seperti dulu..

hahaha... kelakar.. bila semakin di atas..
dirinya makin sunyi..
mungkin rindu pada rasa terbuang..
namun egonya terlampau tinggi..
takkan pernah berpatah lg..
Masa terus berlalu...
dan begitulah kehidupan nya..

Dunia baru saat semuanya berubah..
Itulah harapan di hati kecilnya..
Namun itu semua sudah terlambat..
Tidak tahu bagaimana harus kembali..
Pasrahkan diri dan terus melangkah,

Aku sayang engkau..
Satu frasa yang sudah lama tidak didengar dilafaz kembali,
Mungkinkah itu satu lagi kesilapan..
ataupun itu sekadar fantasi,
dek kerana terlalu rindu akan rasa itu..

Jujur masih keliru..
Anggap kamu sebgai sahabat..
ada ketika sebagai abang..
Kadang-kala  sebagai mentor..
Namun sayang kamu sebagai apa dirinya masih lagi keliru....

Dirinya tak pernah mengharap,
ungkapan balas..
cukuplah kamu tahu..
Mungkinkah itu kesilapannya ..
Mungkinkah keboohan dirinya..


.. Maaf ..

Sayang bagi dirinnya bukan mengharap dibalas sayang,
Cukuplah jika dapat melihat kamu gembira.
 Dapat membantu tatkala diperlukan..
Mungkin x layak... namun itu rasa darinya ..

p/s: maaf entri panjang kali ni.. kerana lpas nie x da lag psal syang dalm blog ni.. :D

Wednesday, March 21, 2012

Pergilah ..

Aku bukanlah penulis novel yang gramatis susunan bahasanya,
Aku bukanlah pemikir yang halus bait kata-katanya,
Bukan juga penutur bahasa yang indah tuturnya,
Aku cuma aku,
Insan biasa punyai hati dan jiwa,
Bisa menangis dan juga ketawa..

..dean36..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Lama sudah tidak menulis..


Entri kali ni nak citer pasal a piece of my life..
Supaya pembaca dapat kenal ,
siapa admin sbnrnya..
huahuahua..

Aku hidup sama saja macam kalian..
Mengenal erti hidup melalui pengalaman yang ditempuh..
Mungkin apa yang ingin aku ceritakan kecil sahaja,
Namun tak pernah ak dapat lupakan,
walaupun purnama bersilih ganti...

Apabila bercerita ttg relation nie..
mesti korang terlintas sal couple-couple an..
tapi mmg la nak citer sal relation tapi bukan relation yang macam tu..

Pernah tak korang rasa menyesal..
Kerana aku penyesalan itu akan terus bersemadi..
Bagaimana benci nya aku padanya,
Bagaimana marahnya aku padanya,
Gaduh tu dah jadi macam drama ..
tiap hari itulah yang berlaku..
Sampai aku bosan..
dari suka jadi duka..
klow dlm hubngan tu orang kata memang x da happy ending la...


Hari bersilih ganti dan itulah yang berlaku..
Saat tiba dia pergi jauh dari hidupku..
Rasa bebas ku kecapi..
Rautnya x lagi aku temui..
Namun hati mula bosan..
Sinetron sudah labuhkan tirainya..


Satu berita yang aku terima,
Dia pergi jauh sehingga aku x terjangkau..
Tiada lagi suara dan laungannya..
Hatta mulut gigih mengatakan benci,
Hati pula pedih menahan sebak..
AKu keliru dengan ap yang aku rasa..

Akhirnya ego tewas dek rasa kasih,
Hiba mula dirasa,
Sunyinya dunia mula singgah..
sedih atas hilangnya dia.
Namun sedih apabila x da kenangan indah yang dapt ku ingat bila fikirkannya..
Hanya laungan dan lontaran ego kemarahan semata,
Pergilah...

#sayangilah yang menyayangi..
perginya dia x mungkin kembali..

Sunday, March 4, 2012

Perasaan itu

Hmmm...
Lama sudah rasanya tak menulis..
err... errr.... menaip sebenarnya..
Harapnya semua pembaca dalam keadaan sihat kehendaknya..
Lama x tulis entri bukan sebab kering idea tapi banyak sangat sampai tak tahu nak pilih yang mana..hahaha (cover kes la tuuu...hahaha..)

Jadi entri kali ni tajuk dia "simple" jakk...
Tajuk die "perasaan itu"..
Bersamaan dengan tajuk..
citer entri kali ni pasal admin sendiri.. (pernah ke citer sal orang lain..huhuhu)
Ok fine... no kritik about tajuk entri ep..hahaha

Pernah rasa rindu..
Pernah rasa sayang..
Soalan bodoh kan..

Pernah kita cakap kita rindu..
Pernah kita cakap kita sayang..
Mungkin dalam mesej..
mungkin dalam chatbox senang la..
Bagaimana pula secara live..

Itu masalah aku..
Lidah kelu mulut membisu..
Sering saja aku fikir untuk luahkan..
Namun sekadar berlegar di fikiran..
tak terungkap dek kata-kata..
Ada orang kata tu sebab ego..
Mungkin la kot..

Hmmm...
Ingin sahaja aku berlari dan ucap padanya..
Namun pernah aku fikir..
Jadi lepas itu apa..?
Mungkinkah akan ada lagi rindu..
Mungkinkah akan ada lagi sayang ..
Selepas kepuasan lisan sudah ku kecapi...

Persoalan yang terus jadi persoalan.

Rindu dan sayang kamu... namun x mungkin kamu tahu....
kerana itu aku keliru... perasaan itu cuma lintasan yang celaru...
semoga kamu baik-baik sahaja..

Khas buat kamu sahabat... 

Monday, January 16, 2012

Kawan 1.

KAWAN... begitu bayak pendefinisiannya..
Begitu banyak takrifannya..
Berjuta perspektif mampu di beri..

Bagi aku " When it's come about Kawan.. It's serious matter.."
Yup i do trust whenpeople say :
FRIEND in NEED
Is a FRIEND in DEED..

and this is my story about FRIENDS..

Jujur aku kata,
Aku bukanlah seorang yang peramah,
Tidak pandai bermanis mulut atau menyusun kata-kata,
Hanya mampu berucap sekadar ungkapan biasa..

Kecelaruan apabila memikirkan tentang frasa kawan...
Siapa yang harus ku anggap kawan mahupun LAWAN..
Perlukah insan yang bergelar KAWAN ini..

Adakah hanya permainan minda tatkala melihat mereka..?
kadang-kadang aku tertanya..

Bukan niat untuk menyendiri namun pahitnya hempedu belum mampu untuk ditelan..
Mungkin aku takut berulang kembali..

UPSI..
Disini ianya bermula,
Mengenal erti APA ITU KAWAN ?
Walaupun jauh di lubuk hati masih tertanya-tanya..
Layakkah aku di hati mereka,

Kawan bertukar  sahabat,
bersama dalam duka, meraih kasih apabila bersama,

Jiwa yang kosong terisi harapan,
Berharap ini kekal sentiasa,

Masa berlalu pergi,
Duka mendatang ditempuhi bersama,
Kadang goyah disokong jua,
Namun itu lumrah alam,
Yang utuh takkan kekal,
Senyuman mentari akhirnya pudar..

Ingin aku putus harapan,
Mencari pegangan dan bantuan,
Kepada Yang ESA terus memohon ,
Agar masa undur kembali..


~ to be continue ~

p/s: KAwan,, aku mungkin tidak selalu bersamamu, Aku mungkin terlupa pada mu.. Jika itu yang berlaku ingatkan aku, I'm May not ur best friend yet u r mine... n it will allways still there...
Sayang kamu shabat..