Sunday, June 24, 2012

Perasaan itu

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Perasaan memang sukar untuk dijangka. Kadang-kadang sukar untuk difahami. Walau sekuat mana aku cuba menafikan perasaan itu masih lagi hadir. (-_-")...

Ada satu ketika aku cuba membuang perasaan ini kerana aku rasa itu yang membuatkan aku lemah. Membuatkan aku terlalu bergantung. Aku salahkan perasaan terhadap apa yang aku gagal. Mungkin bodoh bunyinya. 

Ada sahaja yang menegur namun tidak pula aku hiraukan. Merasa diri mampu kuat dengan sendiri. Hampir setiap malam sebelum aku tidur, aku akan yakinkan diri yang aku tak perlukan siapa-siapa. Hanya aku dan MAHA PENCIPTA sudah cukup. 

Dari itu ego aku mula menebal. Tak akan rendahkan diri demi manusia lagi. Menjadi diri "Superior" terhadap yang lain. Tak pernah kisah tentang perasaan orang lain selagi aku mampu jadi yang terbaik. 

Masa terus berlalu. Masa hadapan bukanlah sesuatu yang dapat untuk diramal. Takdir menentukan segala. Hatta aku tegar cuba membuang setiap inci perasaan namun ia tak pernah terbuang. Hanya disimpan dikunci di satu sudut jauh di lubuk hati.

Sombong. Perkataan biasa yang aku terima. Namun tak pernah terkesan dek kerasnya hati bila tak disaluti anugerah perasaan. ( Mungkin ada yang kata mustahil namun kekecewaan demi kekecewaan memungkinkan segala )..

Pernah goyah pegangan ini rindukan cerita lama. Namun ego membendung tak mahu kesilapan dulu berulang kembali. Menyangka kepercayaan mampu hanya dengan dilafaz.

Cuba berkeras meyakinkan hati namun itulah yang kelakar tentang takdir (Tak terduga). Sekeras batu pun boleh dihancurkan dengan titisan air. Inikan pula hati manusia yang memang fitrahnya lembut. 

Entahlah aku pun keliru. Mungkinkah pegangan aku sekadar retorik. (Mungkin..). Cuba menidakkan kesalahan diri pada sesuatu yang lain untuk meghilangkan rasa bersalah. (itukan manusia. )

Hmm... Namun itu semua silamku. Mungkin sudah berbeza namun masih ada yang terikat. Ego sukar dilerai sebaik ia terbina. 

:D....


Sunday, June 17, 2012

Warna Kehidupan

Kata orang hidup ini penuh dengan warna ..
"picture worth a thousand words"..
satu warna boleh menggambarkan pelbagai maksud..
Maka fokus hari ini akan memberi peluang kepada pembaca untuk meimpretasikan mengikut analisis anda sendiri..
Selamat membaca
coz this is my life...

Pengalam individu berbeza dan ini pengalaman aku. Mungkin tak sehebat anda atau seagung sahabat anda tapi terima kasih jika sudi membaca.

Kelabu. Warna kehidupan ku di sekolah rendah. " Kid with zero talent".. hanya hidup dalam bayangan semata. Apabila meningkat tahun aku mengerti merah dan kuning itu warna dunia.  Mengejarnya bermula dari kehendak menjadi keperluan. Sesal aku juga terikut dengan rentak dunia. Tak ada lagi putih untuk membimbing.

Masa berubah, hitam yang ku kenal megajar erti biru. Menyapa dengan lembut menukar rentak arus. Namun itu juga sementara, hanya titisan yang akan hilang bila tiba waktunya. Hidup bukan seindah yang dijangka kuning yang dikejar aku yang terhimpit. 

Universiti, aku mengenal apa itu ungu. Mengeluarkan aku dari hitam yang ku pendam. Hijau warna sahabat mengajar aku banyak perkara. ... warna masih belum berakhir.. apa warna selepas ini aku juga ternanti-nati.. :D

Sekadar ringkasan hidup untuk dianalisis bersama.. :)