Wednesday, December 29, 2010

Love & Trust

ASSALAMUALAIKUM...!
Salam Sejahtera.!

1st of all nak la juga ucapkan jutaan terima kasih la kepada pembaca-pembaca yg sudi baca blog ni terutama my follower.. love u allsss.....

Intro :
Love is cinta kata Irwansyah... Cinta is ????.. Sah-sah la aku pun tak tahu... tu kena tanya Dr Cinta n of course la bukan aku..hahahaha.... Entri kali ni memang pasal cinta... so yang berjiwa keras tu cubalah membungakan jiwa-jiwa anda sekejap ek...

Isi-isi penting :
Lumrah hari ni acap kali je kita dengar perkataan cinta..Hatta budak setahun jagung pun tahu sebut cinta.. Tapi berapa peratuskah yang tahu betul-betul tentang erti cinta ni.. Cukupkah sekadar melutut melafaz I LOVE YOU semata-mata...sudah dikira cinta..hmmmm

Terdapat pelbagai jenis cinta yang aku tahu.. Antaranya :

  1. Cinta ILLAHI (cinta hakiki)
  2. Cinta Rasul (cinta petunjuk )
  3. Cinta Ibu dan Ayah (cinta keredhaan)
  4. Cinta abang (cinta melindungi )
  5. Cinta adik (cinta kebanggaan )
  6. Cinta kawan (cinta ukhwah )
  7. Cinta yang menyinta (cinta .........)
dan ada banyak lagi lah.. Pasal cinta yang menyinta tu mesti korang lagi expert kan.... so pandai-pandai la korang pikir tu cinta apa...hahaha.. tapi entri kali ni tak spesifik la untuk cinta yang mana... semua jenis cinta pun boleh...

Persoalan untuk dijawab :
Apa yang perlu ada dalam cinta ?

Mungkin bagi aku trust or kepercayaan lah dalam malay nya yang penting dalam cinta ni... coz tanpa kepercayaan cam mana nak jalinkan hubungan kan.. tak gitu...

Tapi senario sekarang kepercayaan jugaklah yang merosakkan cinta... kerana terlalu percaya maruah digadaikan.. (kepercayaan tahap insane tuh...) jangan tiru tak baik untuk kesihatan...

Kerana percaya dangan pencipta kita melakukan segala perintah-NYA... yang ni boleh tiru.

Kepercayaan yang terjalin sehingga membuahkan rasa cinta.. amat bahaya jika tak dikawal dan amat manis jika betul jalannya..

Hmm... tapi kita juga kena ingat.. kepercayaan amat mudah untuk hilang agak susah untuk datang.... sekali ianya hilang mungkin tak akan datang lagi...so pandai-pandai la korang jaga kepercayaan dalam cinta...

hmm.. tu je kot untuk kali ni...

Penutup :

  1. Maaf la kalau post kali ni agak berstruktur.. tengah belatih menstrukturkan diri..hahaha
  2. Gula dan garam memang penting dalam perhubungan.. tapi ingat terlebih gula kencing manis.. terlebih garam darah tinggi.. so biarlah seimbang ek...
  3. Jangan sesekali hancurkan kepercayaan .....

Saturday, December 25, 2010

Lafaz yang x terungkap.

Situasi 1
Kawan :Macam mana result engkau ?
Anda : hmmmm... ok la cukup makan..

Situasi 2
Kawan : Engkau dapat mana ? Aku dapat pergi Jordan..
Anda : Malaysia ja... (sambil menghembus nafas..)

Situasi 3
Kawan : Engkau dapat kos apa.? Aku MEDIC UIA..
Anda : Kos biasa-biasa je...


Itu lah hint-hint yang berkaitan untuk post kali ni... Situasi ni aku sendiri yang alami.. gara-gara exam oriented di negara kita ni..hahaha....

ENTRI fasa I :
Baru-baru ni exam bagi student UPSI baru je keluar... So rata-rata status facebook budak UPSI ni pasal kesyukuran dan kepasrahan terhadap RESULT exam ni... tak terkecuali la aku..hahahaha

Antara istilah tipikal yang digunakan bagi menggambarkan result :

  1. Tahniah
  2. Syukur ke hadrat ILLAHI (islamic ckit)
  3. Aku redha atas segala ketentuan ( ala-ala pasrah)
  4. Next time cuba lagi
  5. Mungkin tak ada rezeki...
Tapi ada beberapa istilah yang agak jarang di jumpai :

  • " maaf anda berhutang RM 0.20 "
  • Sorry due to RM 0.70 your result could not be shown
Aku nak tergelak baca status yang unik tu.. (moral : lain kli jgn pinjam buku library..hahahaha )

ENTRI fasa II :
Bila result tinggi + gempak + meletop... ucapan tahniah tu memang la biasa... tapi yang tak tahan tu ada pulak buat akuan jujur  macam ni..:
" tahniah la atas kejayaan ENGKAU.. Engkau lain la bijak.. aku bukan gifted macam ENGKAU..Aku memang macam ni.....  "

Owh ok FINE ! Rasa nak lempang je kalau yang cakap macam tu..!
Ayoooo! W T H.... !

Tu la manusia... selalu tengok benda depan mata... tak pernah  nak pikir dalam-dalam... Analisis tahap tadika..

Pernah tak kita tanya dia berapa kali dia gagal sebelum dia dapat pegang manisnya kejayaan...

Pernah tak kita pikir berapa kali air mata kagagalan membasahinya sebelum aira mata kejayaan menjengahnya...

Pernah tak kita fikir berapa kali apple jatuh atas kepala Sir Isaac Newtown sebelum dia sedar tu sebenarnya graviti....

Pernah ke kita pikir....
hmmm....

Rezeki sememangnya ketentuan ILLAHI... Kita hanya layak untuk berusaha...



P/S : Better late than never...






Tuesday, December 14, 2010

Running... 4 what.???

" Jogging , jogging... and jogging...Itulah aktiviti aku dan beberapa family debat setiap petang.. Al-maklumlah ada yang nak kuruskan badan..huhuhuhuhu... Aku bukan lah jenis yang sporty ala-ala atlet sekolah.. tapi jogging tu guna kaki dan aku suka..huhuhuhu."

Artikel or entri kali ni pasal berlari.... Lari banyak konsepnya... 1.lari dari sesuatu.. 2.lari mengejar sesuatu... or yang paling hampeh sekali.. 3.lari coz dah tak ada kerja nak buat... So anda semua budiman lari mengikut konsep manakah.... jangan yang ketiga sudah..huhuhuhu

Dari sekolah menengah lagi aku suka buat something guna kaki...( sepak menyepak tak termasuk ek.) .... Berbanding naik motor atau kereta atau apa sahaja kenderaan bermoto aku lebih suka jalan kaki.. motifnya kalau jalan aku rasa lebih secure... coz dah terdidik the only thing you could trust is yourself...(matilahhhhh.... main bola konfem fail kalau pakai moto macam tu.)

So masa kat sekolah menengah seperti yang korang semua tahu aku ada someone yang aku gelarkan adik... Adik ni,  aku memang salute la kalau bab sukan ni... bola sepak memang faveret die.. Lari-lari pun die memang laju.. (tercaras aku.).. . Tapi nak buat macam mana masing-masing ada kelebihan sendiri.. Berkenalan dengan adik membuatkan minat aku tentang acara larian ni makin mendalam...

Setiap kali aku pergi menyertai acara larian aku akan bayangkan adik melihat aku.. dan disebabkan itu aku akan cuba ke akhirnya... dan jika aku berasa penat aku akan fikir apakah yang adik akan buat... (dah tentulah akan meneruskan larian..) .. Terima kasih adik.... Maaf jikalau abang tak pernah menceritakan hal ini kepada adik...

P/s : Adik... izinkan abang untuk berehat seketika kerana untuk mengejar adik yang terlalu laju kehadapan... abang masih tidak mampu.. namun percayalah suatu hari nanti kita akan tetap berlari beringan.. cuma abang harapkan adik untuk terus menunggu...

Sunday, December 5, 2010

Tragedi Malam Gala..

" Runnaway like a coward. what the hell i'm thingking on that day... "

Phantom Of the Opera tema majlis makan malam KDBM bertujuan meraikan senior-senior KDBM ... Hmm.. dan aku ditugaskan di bahagian teknikal.. Dalam hati ini berkobar-kobar ingin buat tugasku dengan terbaik... Bagi aku kata-kata "ok lah itu je yang aku mampu.." tu hanya sekadar EXCUSES.... Kerana seseorang yang pernah rapat ngan aku pernah berkata... untuk menutup kelemahan kita, kita boleh letak seribu satu alasan..

Berbalik kepada MALAM GALA... Minggu tu memang ada banyak la jugak presentation untuk course aku... hmm.... but seriously to say NO is reaally not me.. (i blame myself for that..). Aku juga ditugaskan untuk membuat video untuk bakal-bakal penerima anugerah... satu penghargaan buat ku....

Malam yang ditungu-tunggu.. dan aku akhirnya sempat menyiapkan video-video tu... Dalam hati agak nervous coz nanti nak tunjukkan kat budak-budak KDBM yang lain.... hmm... cam mn lah nanti...
Din !.Din.! ni lagu unuk acara hari ni ok... dan ini pulak tentatif nya...

Hmm.. aku mengiakan sahaja tanda faham.. tanpa mengetahui itu kesilapan terbesar aku pada hari itu...
Majlis dimulakan dengan makan-makan... Lalainya aku ketika itu...sehingga melupakan amanah yang diberikan kepada aku sebagai ajk teknikal... (masya-ALLAH.... maafkan lah hamba-MU yang lalai ini.)
Bergurau senda dan makan....hahahaha...

Setelah itu, tetamu VIP mula masuk.... dan aku seharusnya mengawal muzik iringan...1st lagu suksess... pastu aku perlu pula memainkan lagu yang ke-2 bagi meraikan kemasukan senior-senior KDBM...
CLICK! Tiba-tiba kedengaran muzik lain dari yang seharusnya.... Aku agak terkejut dan aku memberikan key kepada agar teruskan jew kemasukan tu... go on ja... Aku mula merasai kekalutan berada di dalam bilik itu....

Kesalahan demi kesalahan aku lakukan .... Dalam hati aku tak henti-henti terpacul perkataan maaf , maaf dan maaf... Ingin sahaja aku keluar namun tugas masih belum selesai.... aku teruskan juga.... dan akhirnya berakhirlah majlis tersebut.... (terima kasih kepada ABANG BAI kerana sanggup membantu dalam kekalutan itu..)

Sesi seterusnya adalah sesi bergambar...  Aku melihat mereka begitu bergembira bagaikan majlis tu tanpa ada kesalahan.. dan memanggil aku untuk brsama mereka... Melihat keadaan itu perasaan bersalah aku terus menguasai aku.. dalam hati aku... aku tertanya kenapa mereka tak salahkan aku... aku tahu aku yang salah... sikap mereka yang seakan tiada apa-apa yang berlaku....

KENAPA ! KENAPA! KENAPA!...... JuST tell me i'm wrong.. i'm the one who blew it.. i'm embrassing you guys... KENAPA !.coz i know. that is what i deserve....

Lantas kerana aku tidak tertahan lagi dengan perasaan ini aku terus keluar.... tanpa memberitahu mereka.. lari bagaikan seorang pengecut... hahahaha.... (maafkan aku..)..

 Sesampai di bilik beberapa kali deringan hanset aku kedengaran.... (maaf kerana aku tidak menjawab..) kerana aku tidak tahu bagaimana nak berhadapan dengan kalian... Dan mesej aku terima... mengatakan ... itu bukan semua salah aku....

Ingin sahaja aku terus lari dari situ.... bersendirian... terlalu baik mereka... dan aku tak layak untuknya..... aku tak sanggup mereka terluka kerana aku... Ingin sahaja aku ingin memberikan yang terbaik untuk mereka..aku tidak mahu mengecewakan mereka.. kerana.........................

Aku lari pada ketika itu bukan kerana aku malu membuat kesalahan.. tapi aku tahu itu bukan lah yang terbaik aku boleh buat.... Aku leka dan cuai... andai kata aku mengambil berat tentang tugasku perkara sebegini tidak akan berlaku.... mereka tidak perlu menutup kesalahanku...... Aku tidak membuat persiapan....

itulah yang menyakitkan hati ini ketika itu... bukan kerana aku membuat salah tetapi kerana itu bukan yang terbaik aku mampu lakukan..... (MAAFKAN KERANA MENGECEWAKAN..)

P/s: MAAF.. itu sahaja yang aku mampu katakan... maaf, maaf dan maaf... kerana aku tahu begitu payahnya memupuk kepercayaan dan bgitu mudah untuk meruntuhkan.. dan pada malam itu.... aku mungkin telah meruntuhkannya..... MAAF..!

Friday, December 3, 2010

waiting n waiting... must I or...? ?

" Syukran jazillan ...diucapkan buat semua famili debat kerana sanggup meluangkan masa kalian yang begitu berharga dek semata-mata ingin menyambut befday diri ini...(ceh ayat ala-ala terharu gitu..)..Kek tadi memang BEST...n present tu I LIKE..huhuhu "

Buat sahabat-sahabat di facebook yang mengirimkan ucapan befday.. Ketahuilah bahawa diri ini amat menghargainya dan buat Cik Nabila Borhan yang sanggup menghabiskan kredit untuk mendengarkan lagu befday.. terima kasih banyak-banyak..

Tak lupa juga buat coursemate yang telah menghabiskan duit untuk belanja di restoran No Name... Ada masa kita study sama-sama lagi... Cemerlang la korang... Lain kali tak segan dah...hahahaha

KORANG semua memang terbaik... I LOVE YOU GUYS>>..



Tapi dalam setiap yang hitam ada yang putihnya.. dalam kebahagian ada dukanya... Kerana pada tahun ini aku masih menunggu.... Penantian yang aku tak tahu bila ia akan berakhir.. Tapi malam ni aku rasa agak bodoh kerana menunggu sesuatu yang belum pasti sedangkan dihadapan aku dikelilingi oleh mereka yang mewarnai hidup aku... mereka yang selalu bersama aku... ( YA ALLAH .. Tunjukkanlah aku yang mana ilusi dan yang mana realiti.)

Sedang aku menulis entri ini... aku masih menunggu dan terus menunggu... Ingin saja aku berhentikan masa (ala-ala citer back to the future )... mengharapkan penantian itu berakhir.. Agar tidak lagi aku teragak-agak dan ragu-ragu...  Sesungguhnya hati ini sungguh lemah dalam meyakinkan diri ini...

Should I wait for another year ...??  Argh.... hate this waiting.... But why do I ?. no one force me is it..      (tiba-tiba bermonolog..)..

They the reason i try hard to reach till now but happened that they seem getting further... untill unreachable for me.. Ya Allah sungguh berat ujian ini .. setelah ENGKAU jadikan itu nikmat ENGKAU jadikan itu dugaan..

The day i would end it YOU show me there is hope... and when i try to believe it, it's gone...  PLEASE show me the path .. LEAD me the best way YOU had written for me... Untill then I should waiting....perhaps...

p/s : for someone who is waiting.... don't torture yourself... don't attach to something too long or you will be lost in despair.... (reminder for me and you )..waiting is hopeless....

Thursday, December 2, 2010

WARKAH buat sahabat..

"Entri post kali ni aku khaskan buat yang pernah menggelarkan diri ini sahabat ... Tak pernah berniat walaupun sekalipun untuk melupakan kalian... bahkan jauh sekali untuk membenci kalian.. kerana di minda ini tak pernah terpadam saat duka dan duka kita bersama....."


Hari ini sekeping nota telah dikirimkan kepada aku.. Aku membacanya SAHABAT.. dan terima kasih kerana jujur kepada ku.. Aku begitu menghargainya ..
Kalian berkata KENAPA :

  1. Aku sombong..
  2. Lupa kawan..
  3. Time diperlukan selalu tak ada
  4. Jumpa kawan baru terus tak ingat yang lama
  5. Bajet pandai.
  6. Time ajak keluar selalu je tak ada masa
  7. Tahu study je...
Aku bersyukur kerana ada kawan seperti kalian .. .. .. Tak pernah terdetik untuk menyakiti hati kalian.... tapi terima kasih kerana masih sanggup untuk menggelarkan diri ni sahabat...
Ketahuilah perasaan sebenar diri ini.... Sebenarnya ingin sekali hati ini bersama kalian.. melihat kalian ketawa.. duduk berbincang bersama,... Lupakan sekejap masalah... tapi hakikatnya aku TAKUT..apabila bersama kalian...

Aku TAKUT yang suatu hari nanti aku terpakasa kehilangan kalian.... Aku tak ingin lagi meratapi pahitnya lagi perpisahan... Sudah ramai yang aku sayang telah pergi.. dan aku tak mahu bila kalian yang rapat dengan aku turut akan pergi.. Benar kata orang setiap pertemuan ada perpisahan... tapi cukuplah air mata ini mengalir..

Aku TAKUT bila aku bersama kalian aku akan meyakiti hati kalian.. jadi aku pilih untuk menyendiri... Aku tak bermaksud untuk belakangkan kan kalian selepas kita pernah duduk semeja...

Aku study siang dan malam... kerana aku TAKUT aku tak dapat membantu kalian apabila kalian perlukan aku... dan apabila melihat aku dapat membantu kalian aku berasa puas....

MAAFKAN AKU SAHABAT....
KERANA KETAKUTAN INI KALIAN YANG MENJADI MANGSA
HANYA INI YANG AKU MAMPU KATAKAN...

Blogger Templates

Blogger Templates
Publish Post

    

FairyTail..by ALEXANDER RYBACK

Video pilihan minggu nie....hahahhahaha..
Aku tak tahu kenapa.. tapi aku suka lagu nie... ia agak memberi makna yang tersendiri...... but hopefully.. you guys enjoy r.... x wugi kalu tengok... (rugi masa ada kot...huhuhu)


Blogger Templates

Blogger Templates

Wednesday, December 1, 2010

Cita-Citaku bukan IMAGINASIku..huh..??

" Awak nanti besar nak jadi apa ?... Jadi Polis cikgu... dengan selamba menjawab. "

Cita-cita itulah motif entri kali ni... Sape yag tak ada cita-cita... Tanyalah seusia jagung sekalipun mesti ada cita-cita.. Masa aku sekolah rendah dulu.. cita-cita paling faymes nak jadi doktor, polis dan bomba....tapi sekarang aku tanya adik aku yang paling kecik die nak jadi Orang yang pergi angkasa ( astronout la tu...) Kelas kau...hahahahaha.. Mungkin la terpengaruh dengan Syeikh Muzaphar tu kot... Cikgu aku pernah pesan kena bezakan antara cita-cita dan cinta... Tapi kawan aku yang sengal ni tanya balik kat cikgu tu... macam mana kalau cita-cita saya untuk bercinta....hahahahahaha..... terdiam cikgu tu....

Masa aku kecik aku nak jadi polis.. Sebab kerja macam adventure.... boleh kejar-kejar.. (terpengaruh dengan Gerak Khas.. ). Tapi semakin aku menjejak usia.. Cita-cita aku terus berubah.... Kalau orang tanya aku akan cakap je aku nak jadi bomba, polis, doktor ,cikgu or benda-benda tipikal cam gitu.. tapi aku tak kisah.. Sebenarnya cita-cita aku nak jadi KAYA.... So tak kisah la kerja apa pun asal kaya... (mesti halal....)

Pastu masa aku form 1.. ada satu kartun yang agak popular.... YU-GI-OH... Kartun pasal orang lawan kad dan kad tu boleh keluar monster.... dan karakter yang aku minat salah satu PEGASUS....(korang search la YouTube kalau nak tahu pasal kartun ni....) . PEGASUS ni dia ada sebuah pulau... So dari situ aku bertekad la... lepas cita-cita kau nak jadi kaya tercapai aku nak pergi beli pulau pulak... 

Pastu korang tahu tak apa aku nak buat kat pulau tu....huhuhuhu... Kalau boleh aku nak kumpul semua anak yatim dan train diorang untuk jadi manusia-manusia hebat... (fasih berbicara, hebat dalam ilmu dan terbaik dari setiap aspek...). Kat Pulau tu aku akan pastikan jauh dari kekorupsian dunia sekarang...  INSYAALLAH...

Tapi aku tahu cita-cita ini hanya akan jadi imaginasi jika sekadar angan-angan... Disebabkan itu kegagalan it's not an option (ala-ala mission imposible gitu..) Aku akan berusaha sehingga cita-cita ini akan tercapai.....