Salam sejahtera
buat semua “Readers”
Harapnya semua
dalam keadaan baik-baik sahaja. (InsyaALLAH)
Tagline baru buat
blog ini ialah “ KERANA EGO AKU MENULIS
”
Jadi entri kali
ini akan berfokus kepada tagline baru ni… ( Semoga dapat dibaca J ! )
Dalam hidup
kadang-kadang ada benda yang tak terucap dan ada rasa yang tak terluah dek
kerana Ego yang meninggi . Maruah diletakkan pada darjat. Yang benar tak terucap . Rasa hanya tinggal
rasa.
Sebenarnya itu
perkara biasa. Bukan senang nak beritahu sesuatu perkara tambahan pula jika
melibatkan hati dan perasaan. Itu masalah aku yang tak pernah dapat aku
selesaikan. Bukanlah tak pernah nak cuba. Ingin sahaja “Looking straight to the
person eyes and telling the truth. Telling what i feel ”. ( Perghh... serius ni
perlu “life time training” bagi aku..)
Jadi disebabkan
kelemahan aku , aku memilih untuk memberitahu mereka dengan menulis. Sebenarnya
bukan melalui blog sahaja. Medium lain pun ada. Sebagai contoh mesej, facebook
dan tweet. (tapi orang kata kalau tak “face to face” tak ada
soul..hmm)
Tapi kan kenapa
kerana ego ?
Bagi aku Ego aku
sangat tinggi. Kadang-kadang tu bukan la tak perasan. Tapi disebabkan dah
terbiasa tak tahu macam nak “revert” balik. Pernah ada satu ketika tu hanya nak
minta maaf tapi susah betul nak cakap. Sampai malam tu kena insomnia kot sebab
nak fikir macam mana lah nak beritahu orang tu.
Sadis kan. Jeles gak tengok orang lain yang selambe je
buat “Confession”. .. (-_-“)..
Semua jadi “Complicated”
apabila benda yang hanya boleh dilafaz dalam beberapa saat terpaksa mengambil
beberapa perenggan untuk ditulis. Itupun tak tahu sama ada yang dituju itu sampai
ke tidak... (arghhh....!!!)
Jadi kan sape yang tak ada masalah macam aku
tu gunalah kelebihan tu dengan baik. Tak perlu lah nak “ say something that you
don’t mean it..” . Jangan pula confession sekadar gurauan hati . Takut nanti
makan hati..
p/s: TERBAEK BUAT
KALIAN..SEMOGA..