Sunday, September 16, 2012

Kerana Ego Aku Menulis


Salam sejahtera buat semua “Readers”
Harapnya semua dalam keadaan baik-baik sahaja. (InsyaALLAH)
Tagline baru buat blog ini ialah “ KERANA EGO AKU MENULIS
Jadi entri kali ini akan berfokus kepada tagline baru ni… ( Semoga dapat dibaca J ! )

Dalam hidup kadang-kadang ada benda yang tak terucap dan ada rasa yang tak terluah dek kerana Ego yang meninggi . Maruah diletakkan pada darjat.  Yang benar tak terucap . Rasa hanya tinggal rasa.

Sebenarnya itu perkara biasa. Bukan senang nak beritahu sesuatu perkara tambahan pula jika melibatkan hati dan perasaan. Itu masalah aku yang tak pernah dapat aku selesaikan. Bukanlah tak pernah nak cuba. Ingin sahaja “Looking straight to the person eyes and telling the truth. Telling what i feel ”. ( Perghh... serius ni perlu “life time training” bagi aku..)

Jadi disebabkan kelemahan aku , aku memilih untuk memberitahu mereka dengan menulis. Sebenarnya bukan melalui blog sahaja. Medium lain pun ada. Sebagai contoh mesej, facebook dan tweet.  (tapi  orang kata kalau tak “face to face” tak ada soul..hmm)

Tapi kan kenapa kerana ego ?

Bagi aku Ego aku sangat tinggi. Kadang-kadang tu bukan la tak perasan. Tapi disebabkan dah terbiasa tak tahu macam nak “revert” balik. Pernah ada satu ketika tu hanya nak minta maaf tapi susah betul nak cakap. Sampai malam tu kena insomnia kot sebab nak fikir macam mana lah nak beritahu orang tu.

Sadis kan.  Jeles gak tengok orang lain yang selambe je buat “Confession”. .. (-_-“)..

Semua jadi “Complicated” apabila benda yang hanya boleh dilafaz dalam beberapa saat terpaksa mengambil beberapa perenggan untuk ditulis. Itupun tak tahu sama ada yang dituju itu sampai ke tidak... (arghhh....!!!)

 Jadi kan sape yang tak ada masalah macam aku tu gunalah kelebihan tu dengan baik. Tak perlu lah nak “ say something that you don’t mean it..” . Jangan pula confession sekadar gurauan hati . Takut nanti makan hati..

p/s: TERBAEK BUAT KALIAN..SEMOGA..  



2 comments:

  1. ye la... sumtime people tend to say sumthg just to comfort others

    ReplyDelete