Tuesday, January 8, 2013

PENA TERAKHIR

BISSMILLAHIRAHMANIRRAHIM 
ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA 
* Selamat tahun baru juga buat pembaca yang masih dalam "mood" tahun baru (^_^)

Entri ini bakal menjadi entri terakhir dalam blog ini. Oleh itu, aku sangat berharap entri terakhir ini aku dapat dibaca oleh semua "my followers" , kerana ini perkongsian aku yang terakhir. Maaf jika pena terakhir ini akan mngambil sedikit masa kalian. 

I'm not a perfect person
There's many things I wish I didn't do
But I continue learning
I never meant to do those things to you
And so I have to say before I go
That I just want you to know


Ini adalah bait-bait lirik lagu "The reason" yang dinyanyikan oleh Hoobstank.(my fav band). Lagu ini berkisarkan bagaimana seseorang itu cuba untuk berubah demi seorang insan yang dia kenal. Seseorang yang sangat penting dalam hidupnya. 

Namun perubahan bukanlah senang. Kerana dalam proses perubahan "your good is not good enough". Cuba untuk jadi yang terbaik buat seorang insan namun sering sahaja melakukan kesilapan.

Namun akhirnya, dia tahu kegembiraan, senyuman  insan itu yang dia mahu lihat dan itu dia tidak mampu untuk berikan. Kehadiran dia hanya membuatkan insan itu tidak selesa. Menyusahkan pelbagai perkara. Tugas yang senang menjadi sulit. 

Jatuh, jatuh dan terus jatuh. Adakalanya terus tergelincir. Salah dalam membuat pilihan. Menyakiti hati yang begitu berharga. Merosakkan kepercayaan yang sukar untuk dibina.

Mungkin sahaja jawapannya hanya satu. Bila dia pergi semuanya akan baik-baik sahaja. Tetapi jika dia mampu untuk berbicara dengan insan itu dia mahu insan itu tahu.
  • Betapa hebatnya insan itu (walaupun kadang-kadang dia rasa dia tidak mampu)
  • Betapa kehadirannya mampu untuk mengubah suasana (walaupun kadang-kadang dia rasa tiada yang mendengar)
  • Hanya dengan senyuman dia mampu untuk membuat orang disekelilingnya tergelak 
  • Kata-kata/nasihat mampu mnghilangkan hati hiba. Memberi semangat yang hilang (walaupun pernah juga insan itu kurang semangatnya)
  • Dan jutaan terima kasih kerana menjadi permulaan kepada satu perubahan.
Maaf, bukan lagi menjadi ucapan keramat. Kerana tahu silapnya terlalu besar untuk dimaafkan. Tidak menyalahkan insan itu, kerana sedar dialah punca/pemula kepada kebobrokan itu. Buat terakhir kalinya maaf

  • Maaf, apabila perubahan tidak seperti yang diharapkan
  • Maaf, apabila janji hanya janji

Akhir kata, mungkin dia hanya sekadar biasa bagi insan itu malahan masih jauh dari apa yang dijanji. namun dia akan cuba untuk berubah agar satu hari nanti dia mampu untuk melihat kembali sebagai kawan, sebagai teman, sebagai sahabat . 

P/s: Tidak mengharapkan apa-apa. Mungkin itu hanya permainan lidah. Tidak pernah selari dengan kehendak hati. 




TERIMA KASIH :)








1 comment: