Alhamdulillah ! Dengan limpah inayahNYA masih lagi diberi
peluang untuk menitipkan cebisan rasa yang lahir dari hati.
Sudah agak lama rasanya meninggalkan ruangan di BLOGSPOT
ini. Apabila rasa hati tidak selari
dengan rasa jari jemari begitulah jadinya. Kepada yang sering membaca blog ini
suka untuk saya mengucapkan syukran jazilan ya akhi wa ukhti.
Baru-baru ini sempat aku berkongsi rasa dengan seorang
sahabat yang baru aku kenali. Pangkatnya lebih tua daripada aku namun rasanya
tidak perlulah namanya disebut. Cukuplah dalam artikel ini aku menggelarnya
sahabat. Beberapa nasihat yang aku rasa boleh untuk kita kongsi bersama
daripada sahabat.
Larilah selagi mampu . Apabila engkau sudah penat
berhentilah kerana aku akan sentiasa ada untuk kamu dan dari situ kita akan
mula bertatih hingga engkau mampu untuk berlari kembali.. Terima kasih sahabat.
Katanya lagi tidak
salah untuk takut, kecewa kearana itu lumrah manusia. Tanpa takut kita tak
kenal berani dan tanpa kecewa kita takkan menghargai kebahagian. Bersyukurlah
dengan apa yang kita rasa.
Engkau mahu bersendiri. Itu perkara biasa . Adakalanya kita
perlu untuk bersendiri untuk kita muhasabah kembali apa matlamat kita hidup di
bumi MAHA PENCIPTA. Namun janganlah
engkau sendiri dalam mengejar matlamat kerana nanti akan engkau rasai pahitnya
bersendiri.
Apabila engkau rasa sudah jauh tersasar jangan malu untuk
kembali. Engkau tahu saudara mu di mana.
Senyumlah bila engkau berduka. Kerana engkau adalah insan
terpilih. JIka engkau gagal dalam matlamat ingatlah itu tandanya ia baru
bermula bukan sebuah pengakhiran.
Do you know what make tv series so popular? It’s because the
continuity. Live your life.
Beberapa nasihat dari insan bergelar sahabat. Pendek masa
mengenalimu tapi syukran . semoga akan ketemu lagi. Bertemu atas takdir
hilangmu semoga dirahmati.
.
No comments:
Post a Comment