Lama sudah tidak menulis entri..
Harap pena masih mampu berbicara..
Orang kata hidup bagaikan sebuah pementasan teater. Dunia ni
pentasnya dan kita sebagai pelakon.
Kadang-kadang tu tertanya-tanya juga aku ni pelakon utama ke sekadar pelakon
tambahan semata-mata. (-_-“)..
HUGO sebuah filem arahan Martin Scorsese
dalam satu dialognya ada cakap sesuatu yang aku tak boleh lupa. “World is like
a big machine and we are one of the components in it. In machine there is no
side component. Every part has its own task. We just need to find what it is..”
Cerita ni agak berat la bagi aku tapi tetap terbaik..
Baiklah, fokus kepada entri asal tentang
kehidupan dan matlamat. Setiap orang mesti ada matlamat @ cita-cita @ goal
(dalam omputehnye).. Apa kaitan matlamat dengan kehidupan ? Dengan matlamat
kita dapat tahu kehidupan yang bagaimana yang kita ingin mahu.. (mungkinlah…) .
Tapi macam biasalah manusia sekadar merancang.
Tapi kan boleh ke kalau banyak matlamat dalam
kehidupan..? Bagi aku tak la salah tapi kalau banyak tu dah jadi angan-angan la
kan.
Ada satu matlamat yang aku betul-betul nak
capai. Dan aku kan cuba selagi aku masih termampu. Suatu hari nanti aku mahu jadi seseorang yang membanggakan orang-orang
yang aku sayang. Bila ada orang tanya mereka tentang aku, dengan bangga
mereka akan menjawab aku ialah saudara, kawan, sahabat, abang @ adik mereka.
Mungkin pelik kan bunyinya. Tapi itu
betul-betul sesuatu yang ingin aku capai untuk mereka. Sebagai tanda
penghargaan kepada mereka. Mereka yang banyak membantu dalam susah dan senang.
(tak banyak tapi masih besyukur kerana sudi..).
Maaf jika terlambat. Namun berharap kalian
masih mampu untuk menunggu..
Matlamat dan kehidupan . Apa matlamat anda
dalam menentukan kehidupan anda…?
P/S:
Rindu yang menghilang. Kasih yang menjauh.. :D
No comments:
Post a Comment