Friday, April 1, 2011

HIPOKRITKAH AKU...



*Setelah lama mendiamkan diri…
   AKu masih lagi AKU..
HIPOKRIT /TOPENG/BERMUKA-MUKA ..  satu istilah yang selalu kita dengar . Apakah maksud perkataan itu sebenarnya… ? Apakah kayu ukur yang dinilai tatkala individu itu dilabel sebagai HIPOKRIT… Hmm… Mungkinkah aku juga HIPOKRIT..Mungkin anda juga HIPOKRITMungkin ya mungkin tidak..… Sama-samalah  nilaikan..
HIPOKRIT menurut kamus dewan edisi ke 4:
(orang yg) berpura-pura berperangai (berkelakuan, bersifat, dll) baik, (orang yg) memperlihatkan keadaan diri yg berlainan drpd yg sebenarnya, munafik.
HIPOKRIT menurut Wikipedia :
Tak ada lagi setakat nie.. 

HIPOKRIT menurut aku :
Siapalah aku  seorang insan yang tidak berautoriti untuk menta’rifkan sesuatu perkara..

Aku pernah dilabel HIPOKRIT oleh salah seorang temanku sendiri…  Disebabkan Malaysia sebagai sebuah negara “demokrasi” aku redha je…
Pernah tak kita mendengar:
Kalau suka senyum..
Kalau sedih menangis laa..
  
Malam itu.. seorang sahabat bertanya kepada aku…  Kenpa engkau macam tiada perasaan ... Aku diamkan sahaja.. Tak pernah aku lihat orang yang mengahadapi situasi sebegini tidak sedih atau sekurang-kurangnya bermasam muka…
Sahabat jika aku punya kekuatan.. aku tentu akan menagis sekarang ni.. dan jika aku punyai kekuatan ingin sahaja aku meraung sekuat-kuatnya… Namun aku begitu lemah .. Apabila aku melihat sahabat-sahabatku bersedih aku perlu untuk tidak bersedih agar dapat menjadi kekuatan mereka... Apabila aku melihat kawanku sedang gigih.. aku tidak boleh bersedih agar dapat seiring dengan mereka dan membantu mereka..
Walau sekuat mana hati ini ingin berlari...
Air mata ini bergenang…
Akan aku pendam selagi dapat membuat mereka semua tersenyum……………..
Biarlah bibir ini tersenyum tatkala hati ini menangis…
HIPOKRIT kah aku…??
MUNGKIN.. AKU HIPOKRIT… Tapi selagi mampu melihat MEREKA tersenyum.. aku tak kisah…
BIARLAH MEREKA BAHAGIA… KERANA MELIHAT MEREKA BAHAGIA MENJADI SATU KEBAHGIAN BUAT DIRI INI..

*sekadar coretan tatkala jasad masih bernyawa.. 

3 comments:

  1. salam..sememangnya kekdang kita perlu hipokrit utk beri kekuatan kpd diri kita n org yg kita syg..

    ReplyDelete
  2. Semua pun hipokrit, Teep...
    "Ku enggan berpura-pura ku bahagia
    Namun ku enggan mempamerkan diriku sengsara"
    -Lirik Dan Sebenarnya from Yuna yg aku dah renovate.

    ReplyDelete
  3. sudah lama xmendengar khabar entry dari sahabat ku dean..hipokrit tu subjektif, dinilai oleh peribadi masing..kadang-kadang ketentuan juga merujukkan kita ke arah hipokrit

    ReplyDelete