Friday, October 21, 2011

cinta la kot

Apa yang kita pernah buat untuk orang yang kita sayang..
Sejauh mana kita sanggup demi orang yang kita cinta..
Gadai maruah...gadai agama.. gadai diri.. gadai keluarga...
Jika itu yang kita lakukan..
semak balik..
betul ke dia yang kita sayang..?
betul ke dia yang kita cinta..?
siapa cinta siapa..?
siapa sayang siapa..?

jangan kerana nafsu terus mengaku cinta..
memang betul cinta, sayang itu abstrak..
tidak mampu diungkap dengan kata-kata..
hanya boleh dizahirkan dengan perbuatan...CHOOP!!!!
perbuatan yang macam mana ek..??
kahwin la jawabnya..
bukan dizahirkan dengan anak yang dikelar...
bukannya bergedik-gedik di lorong gelap..
sekadar bertukar lafaz i luv u...
come on la ...
berpegangan tangan tak membuktikan setia..
cuma bukti bukan couple cacat sebab ada tangan.... tu jew..
Tak payah la nak tayang kat seantero dunia. buat malu ja..

(eh..ehh... beremosi pulak.. chill down jap...)

Manusia dikurniakan akal untuk berfikir.
Bukan sekadar hiasan di mata binatang...
Cinta adalah fitrah manusia...
perasaan ingin dicintai dan mencintai itu perkara biasa..
namun jangan biar cinta kuasai diri..
kerana nafsu akan disisinya..


p/s: cintailah NYA ..kerana itulah sesungguhnya CINTA..
sebagai ingatan untuk kita bersama....

2 comments: