Saturday, January 22, 2011

Monolog lelaki ini...

Sudah lama lelaki ini menghilang dan kini rasanya adalah masa yang paling sesuai untuk menyatakan hakikat sebenarnya perasan yang terpendam..
Sudah lama kita berkenalan dan sepanjang persahabatan kita pelbagai kenangan pahit dan manis yang tidak mungkin akan diri ini lupakan..
Dan pernah satu ketika mengharapkan sesuatu yang lebih dari sekadar persahabatan...
Satu tahap yang mana lelaki ini pun tidak pasti...
Ikhlas pada masa itu lelaki ini masih tidak pasti sama ada betulkah perasaan ini ingin mencintaimu atau pun hanya perasaan yang tidak ingin kehilanganmu..
Persetujuan darimu menghilangkan kesangsian dari dalam diri ini..
lelaki ini juga ingin berterima kasih kepada dirimu kerana telah mengembalikan perasan yang telah lama hilang dari lelaki ini...

Pernah satu ketika lelaki ini berjaji untuk tidak akan pernah menangis lagi dan betapa peritnya....perjanjian itu sehinggalah hari dimana dirimu menyatakan dalam surat terakhirmu... titisan air mata yang sudah lama tidak aku rasai akhirnya meleraikan janj lelaki ini..... terima kasih...
Kini baru lelaki ini sedari memang lelaki ini amat menyayangimu, tidak ingin kehilangan dirimu dan tidak mahu melihat hatimu terluka kerana hati ini akan sakit melihat dirimu begitu...tetapi hanya itu.. perasaan cinta itu hanyalah permainan hati yang diri ini bina untuk melindungi mu dan maaf kerana diri mu pernah terluka....... Kerana lelaki ini tahu kebahagian bagimu kebahagaian banginya..

Sunday, January 16, 2011

Mereka dan belacan...hahaha

Babak 1 
Mereka : Abang nasi goreng biasa satu + telur mata satu + BELACAN

Babak 2 
Mereka : Abang nasi putih + kat sini ada BELACAN tak..

Babak 3
Mereka : Abang boleh tak tolong tambah BELACAN lagi..

Babak 4
Mereka : Nasi goereng kampung bagi pedas + BELACAN satu

Sambal belacan yang menjadi kegilaan mereka....



Senario apabila keluar makan dengan mereka..  Belacan tu dah memang jadi kebiasaan dah..Aksesori tambahan yang wajib bagi mereka...hmmm..

Kenapa perlu belacan... ?

Kalau nak pedas kenapa tak mintak cili je.. nasi goreng cili padi ke terus ?.. hmm

Tak sedapkah makanan tanpa belacan.. ?

Kenapa time makan mee goreng tak mintak pulak belacan...?

Apa yang ada dalam belacan hingga ketagih sangat mereka dengan belacan... ?

Adakah  kerana mempunyai kepekatan nikotin yang tinggi.. tapi kenapa tak ditangkap macam penjual dadah pulak... ?

Adakah sudah terdidik dari kecil lagi...? ( nasi sepinggan + belacan semangkuk...)

Adakah ketiadaanya nya sama dengan cheesy wedges tanpa cheese nye... ?

AIyoooooo... banyak nyew persoalan....
BELACAN oh BELACAN..
Kenapa dirimu begitu berharga ??????

Friday, January 14, 2011

Sungguh BersyuKUR>>>

Seminggu aku tidak berada di sekolah kerana terpaksa pergi LAWATAN..(terpaksa kah..hahaha)..
Aku tiba di asrama dalam pukul 2..... dan aku terus meluru ke dorm ADIK.. dan adik sudah tidur.. tak sampai hati aku untuk mengejutkannya... (lebih baik tunggu sahaja esok.. kata benakku..)..

Sebaik sahaja aku ingin melangkah keluar dari dorm itu... aku terdengar suara adik.. mungkin disebabkan posisi katilnya yang dekat dengn lampu membuatkan dia tersedar ketika aku membuka lampu tadi... Dalam muka mengantuk dia memanggil aku.. "selamat pulang abang !" katanya sambil tersenyum... Terubat rindu aku setelah seminggu tidak mendengar celoteh dari mulut manisnya itu...hahaha

sungguh bersyukur kerana sempat mengenalimu..
Esoknya aku bertemu dengan kawanku HAZRIE.. dia memberitahu aku setiap hari adik asyik bertanya bila aku akan balik ke asrama sepanjang ketiadaanku..hahaha..... Aku amat bersyukur kerana ada insan yang begitu merindui aku walaupun bukanlah terikat dengan darah daging atau ikatan keluarga. (terima kasih YA ALLAH ! )
..

Pagi itu juga sebaik sahaja aku keluar dari dorm aku .. aku melihat adik melambai-lambai di blok asrama yang bertentangan dengan blok asrama aku... aku tersenyum... dia terus meluru ke arah dorm aku.... Aku pun bertanya " ada apa ni adik..? kenapa kelam kabut sangat ni..."... Sambil tersenyum dia menjawab " tak ada lah.. saje je.. dah lama tak borak dengan abang..".... Tak henti-henti dia bercerita tentang keadaan yang terjadi di asrama sepanjang ketiadaanku... Aku hanya memerhati gelagatnya itu...
(Terima Kasih YA ALLAH kerana memberikan nikmat mengenalinya.)