Showing posts with label aku n DIA. Show all posts
Showing posts with label aku n DIA. Show all posts

Wednesday, June 8, 2011

Lucky..

I'm lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
Ooohh ooooh oooh oooh ooh ooh ooh ooh

They don't know how long it takes
Waiting for a love like this
Every time we say goodbye
I wish we had one more kiss
I'll wait for you I promise you, I will

This the lyrics LUCKY song from Jason mraz and colbie caillat
Entri kali ini dalam bahasa melayu..
Sedang aku mengemaskini lagu dalam laptop tiba-tiba terjumpa lagu ni..  Boleh lah tahan juga lagu ni. Tapi entri kali ni bukan la pasal nak kritik lagu ke apa. cumanya lagu ni ingatkan aku dengan citer lama dalam bab kehidupan ku. Kalu sape2 yang pernah baca entri pasal UP1 or yang bertag aku n DIA dalam blog ni mungkin sedikit-sebanyak dapat faham citer kali ni..

Zaman sekolah menegah, zaman yang bayak membentuk diriku. Dalam banyak-banyak kawan perempuan kat sekolah tu ada seoarang yang boleh la dikatakan kawan rapat.  Kawan-kawan gak tapi tak tahu kenapa aku suka bila berborak dengan dia. Suka tengok dia senyum. Tapi dia ni hebat bahasa inggeris. Memang sape nak tackle dia kena ade mulut mat salleh.

Nak jadi cerita aku penah gaduh dengan die. Sampai tak cakap. Korang tahu tak time tu sebelum cuti akhir tahun sekolah aku gunakan duit aku beli telefon bimbit sebab aku takut tak dapat hubungi dia nanti. Tu telefon pertama yang aku beli guna duit sendiri. Semata-mata sebab nanti time cuti tu nak mintak maaf.
Sebenarnya, aku ada mimpi . Time tu masih gaduh lagi. Aku mimpi aku tak dapat jumpa dia la. Lebih kurang macam tu la synopsis mimpi aku tu. Tu yang usaha pegi beli telefon tu.. Hahaha. ( dalam hati : romantiknya aku..hahaha). Aku ni susah kalau nak cakap depan-depan tapi kalau dalam mesej cepat je macam highway. Jasa telefon bimbit tu kitorang dah tak gaduh dah.

Faedah : dapat la aku hubungi dia masa cuti.
Keburukan : Duit aku habis kat top4. (time tu kan masih sekolah.. mana ada duit banyak)

Hubugan kitowang statik.. Jadi kawan je. Dalam masa aku jadi kawan tu adalah budak-budak batch kitowang yang gosipkan kitowang.. Aku malu-malu kucing ja. Dalam hati apa salahnya..hahahaha(muka selamber). Tapi aku tahu juga dia “ in relation” tapi tahu la sejauh mana .  Susah la nak tackle pompuan outstanding kat sekolah. Semua orang kenal. Probability untuk aku tu mungkin kena ambil nombor dulu la jawabnye. Tapi tak pe. Kawan pun kawan la yang penting  boleh juga rapat dengan dia..(ala-ala redha)
Ader time tu aku dapat tahu dia break dengan pakwe dia.  Pakwe dia pula kawan aku. Adush.. macam mana la aku tak boleh tahu pasal ni. Aku ader la mesej-mesej dia time tu. Sampailah ada satu tahap tu aku confess gak kat dia. Esok ari tu satu sekolah tahu aku confess kat dia… segan tahap hyper r..  jalan pun tunduk. Hahaha..

Tapi tulah… Tak ada rezeki… Aku ada buat silap and I admit I’m not too good for her and for her to accepted me at the first place had make me grateful enough. Kerana bukan semua kawan boleh jadi hubungan macam tu. .. hahaha… Once in a million I tell you.. and if YOU read this.. knowing you is not a regret in mylife.. be friend with you is the most precious thing I ever have.. to love you is the gift from this life….

P/s: Sorry la kalau entri kali ni agak bold..hhuhuhu 

Tuesday, November 23, 2010

FIRST SOng.. why SPECIAL..???

" You're way too beautiful girl......That's why it'll never work.....You'll have me suicidal, suicidal....When you say it's over.."


Sape yang hidup sezaman dengan aku mungkin penah dengar lagu nie kan...
lagu nie faymes time aku form 5 (rasanya ).. Lagu tu tajuk beutiful girl dari sean kingston... Walaupun aku suka dengar lagu tapi aku paling susah nak hafal lirik lagu.. paling cemerlang pun boleh la separuh lagu...
adoyai... !!

Masa aku form5 aku jadi ahli majalah editor sekolah... Cuba teka sape yang jadi ketua editor... ehem2.. DIA lah yang jadi.. hahahaha.... (no negative minded ek)..

p/s :Aku jadi ahli editor bukan sebab nak mengorat dia tapi ada senior yang pilih


So sebagai ahli editorial.. ada satu EVENT yang grand yang perlu dilaksanakan setiap tahun... iaitu PHOTOSHOOT TIME !!...


Event tu berlansung la dalam 3 hari... ALHAMDULILLAH semua lancar...
Tapi lepas event tu lagi kitorang sibuk.. nak tempah lagi, nak kutip duit lagi, n banyak r...

Ada satu hari aku n seorang junior  tapi ahli editor gak la kena buat kerja packing gambar... Lepas kelas kena terus pegi bilik majalah... (bayangkan tengah hari orang lain semua tidur kena pegi buat kerja melintasi mentari gunung sahara..! )

Kuatkan semangat pegi la..dalam masa masih yang sama cuba mengikhlaskan diri..  Sesampai aku dibilik istiqamah with the Junior.. DIA n kawan dia pun ada sekali...
(dilema : nak masuk or terus berlagak macho sambil berdiri sehingga dijemput..hmm..)

"Eh, masuklah .banyak lagi kerja ni !" kata kawan si DIA...terus menjawab dilema aku...
packing-punya packing tetiba aku tak ringtone hanset bunyi lagu si Sean ni... So alang-alang bosan cuba la nyanyi sekali... pastu habis chorus aku senyap n ada not berterabur .... kantoi la dengan DIA aku tak
ingat lirik...

"Tak kan lagu tu pun tak ingat..adik kat umah pun boleh ingat .."kata si DIA ..Adush..agak berbisa kata-kata yang dikeluarkan... (rasa macam nak menyorok bawah meja)...  pastu ada lagi DIA cakap.."Meh nak ajar nyanyi lagu tu.." ...

Tersentap sekejap... (dalam hati mahu tapi malu.... hahahaha) ..  pastu aku pun membalas... OK JEW...

hahahaha......
Jadi bermulalah sesi jangan lupa lirik... aku ingat DIA nak ajar main-main.. tapi dia ajar sampaila aku ingat lagu tu.... huish.. tinggi keazaman DIA ni....hahahaha... Yang jadi mangsa budak junior tu pun DIA ajak suruh ikut sekali sampai ingat...hahahaha..

Secara konklusinya tu lah lagu pertama yang aku boleh ingat sampai habis...huhuhu

SO... SPECIALKAH???


 P/s : sekarang dah lupa balik...

Blogger Templates

Blogger Templates

Wednesday, November 10, 2010

UP 1= Ujian Pengesanan 1 = Untuk Pertemuan 1..

"  shh..jawapan nombor 1 ni apa ek ?"... Dengan yakin aku memeberitahu jawapannya A.. walaupun dalam hati langsung tak konfiden..

Begitulah pertemuan pertama yang tak mungkin aku akan lupakan. Walaupun kitorang satu kelas, tapi tak pernah bertegur..dan masa UP1 itulah rasanya aku sedar tentang kehadirannya di dalam kelas itu..hahahaha....
Sebagaimana yang korang semua tahu, aku bukanlah yang jenis peramah tahap hyper... jadi aku kenal sapa-sapa yang tegur aku or pernah terlibat dalam satu event je...


So berbalik pulak pada cerita aku ni.. Serious aku tak tahu apa tapi ada something pasal dia yang buat aku rasa tertarik bila die senyum.. Kalau boleh aku nak tengok die senyum hari-hari..hahahaha.. (agak gatal disitu)..




Lepas exam tu kitorang makin rapat.. Dah boleh gelak sama-sama n gosip sama-sama. Nak dijadikan citer pulak ada satu cikgu tu perlukan seorang wakil lelaki dan seorang wakil perempuan utuk baca sajak dalam kelas dia. Budak-budak semua buat muka ala-ala blur... pastu cikgu pun beralih ke plan B (paksa rela).. Aku lah yang kena n perempuan pulak DIA...(ada jodoh la tu...). 1st time duet baca sajak dengan perempuan..




: tu la saje citer rentetan daripada UP1 aku n DIA...                          
                                                                                                                            to be continue...