Thursday, July 26, 2012

Matlamat & Kehidupan


Assalamualaikum !
Lama sudah tidak menulis entri..
Harap pena masih mampu berbicara..

Orang kata hidup bagaikan sebuah pementasan teater. Dunia ni pentasnya  dan kita sebagai pelakon. Kadang-kadang tu tertanya-tanya juga aku ni pelakon utama ke sekadar pelakon tambahan semata-mata.  (-_-“)..

HUGO sebuah filem arahan Martin Scorsese dalam satu dialognya ada cakap sesuatu yang aku tak boleh lupa. “World is like a big machine and we are one of the components in it. In machine there is no side component. Every part has its own task. We just need to find what it is..” Cerita ni agak berat la bagi aku tapi tetap terbaik..

Baiklah, fokus kepada entri asal tentang kehidupan dan matlamat. Setiap orang mesti ada matlamat @ cita-cita @ goal (dalam omputehnye).. Apa kaitan matlamat dengan kehidupan ? Dengan matlamat kita dapat tahu kehidupan yang bagaimana yang kita ingin mahu.. (mungkinlah…) . Tapi macam biasalah manusia sekadar merancang.

Tapi kan boleh ke kalau banyak matlamat dalam kehidupan..? Bagi aku tak la salah tapi kalau banyak tu dah jadi angan-angan la kan.

Ada satu matlamat yang aku betul-betul nak capai. Dan aku kan cuba selagi aku masih termampu. Suatu hari nanti aku mahu jadi seseorang yang membanggakan orang-orang yang aku sayang. Bila ada orang tanya mereka tentang aku, dengan bangga mereka akan menjawab aku ialah saudara, kawan, sahabat, abang @ adik mereka.  

Mungkin pelik kan bunyinya. Tapi itu betul-betul sesuatu yang ingin aku capai untuk mereka. Sebagai tanda penghargaan kepada mereka. Mereka yang banyak membantu dalam susah dan senang. (tak banyak tapi masih besyukur kerana sudi..).

Maaf jika terlambat. Namun berharap kalian masih mampu untuk menunggu..  

Matlamat dan kehidupan . Apa matlamat anda dalam menentukan kehidupan anda…?

 P/S: Rindu yang menghilang. Kasih yang menjauh.. :D






Sunday, June 24, 2012

Perasaan itu

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Perasaan memang sukar untuk dijangka. Kadang-kadang sukar untuk difahami. Walau sekuat mana aku cuba menafikan perasaan itu masih lagi hadir. (-_-")...

Ada satu ketika aku cuba membuang perasaan ini kerana aku rasa itu yang membuatkan aku lemah. Membuatkan aku terlalu bergantung. Aku salahkan perasaan terhadap apa yang aku gagal. Mungkin bodoh bunyinya. 

Ada sahaja yang menegur namun tidak pula aku hiraukan. Merasa diri mampu kuat dengan sendiri. Hampir setiap malam sebelum aku tidur, aku akan yakinkan diri yang aku tak perlukan siapa-siapa. Hanya aku dan MAHA PENCIPTA sudah cukup. 

Dari itu ego aku mula menebal. Tak akan rendahkan diri demi manusia lagi. Menjadi diri "Superior" terhadap yang lain. Tak pernah kisah tentang perasaan orang lain selagi aku mampu jadi yang terbaik. 

Masa terus berlalu. Masa hadapan bukanlah sesuatu yang dapat untuk diramal. Takdir menentukan segala. Hatta aku tegar cuba membuang setiap inci perasaan namun ia tak pernah terbuang. Hanya disimpan dikunci di satu sudut jauh di lubuk hati.

Sombong. Perkataan biasa yang aku terima. Namun tak pernah terkesan dek kerasnya hati bila tak disaluti anugerah perasaan. ( Mungkin ada yang kata mustahil namun kekecewaan demi kekecewaan memungkinkan segala )..

Pernah goyah pegangan ini rindukan cerita lama. Namun ego membendung tak mahu kesilapan dulu berulang kembali. Menyangka kepercayaan mampu hanya dengan dilafaz.

Cuba berkeras meyakinkan hati namun itulah yang kelakar tentang takdir (Tak terduga). Sekeras batu pun boleh dihancurkan dengan titisan air. Inikan pula hati manusia yang memang fitrahnya lembut. 

Entahlah aku pun keliru. Mungkinkah pegangan aku sekadar retorik. (Mungkin..). Cuba menidakkan kesalahan diri pada sesuatu yang lain untuk meghilangkan rasa bersalah. (itukan manusia. )

Hmm... Namun itu semua silamku. Mungkin sudah berbeza namun masih ada yang terikat. Ego sukar dilerai sebaik ia terbina. 

:D....


Sunday, June 17, 2012

Warna Kehidupan

Kata orang hidup ini penuh dengan warna ..
"picture worth a thousand words"..
satu warna boleh menggambarkan pelbagai maksud..
Maka fokus hari ini akan memberi peluang kepada pembaca untuk meimpretasikan mengikut analisis anda sendiri..
Selamat membaca
coz this is my life...

Pengalam individu berbeza dan ini pengalaman aku. Mungkin tak sehebat anda atau seagung sahabat anda tapi terima kasih jika sudi membaca.

Kelabu. Warna kehidupan ku di sekolah rendah. " Kid with zero talent".. hanya hidup dalam bayangan semata. Apabila meningkat tahun aku mengerti merah dan kuning itu warna dunia.  Mengejarnya bermula dari kehendak menjadi keperluan. Sesal aku juga terikut dengan rentak dunia. Tak ada lagi putih untuk membimbing.

Masa berubah, hitam yang ku kenal megajar erti biru. Menyapa dengan lembut menukar rentak arus. Namun itu juga sementara, hanya titisan yang akan hilang bila tiba waktunya. Hidup bukan seindah yang dijangka kuning yang dikejar aku yang terhimpit. 

Universiti, aku mengenal apa itu ungu. Mengeluarkan aku dari hitam yang ku pendam. Hijau warna sahabat mengajar aku banyak perkara. ... warna masih belum berakhir.. apa warna selepas ini aku juga ternanti-nati.. :D

Sekadar ringkasan hidup untuk dianalisis bersama.. :)