Saturday, January 22, 2011

Monolog lelaki ini...

Sudah lama lelaki ini menghilang dan kini rasanya adalah masa yang paling sesuai untuk menyatakan hakikat sebenarnya perasan yang terpendam..
Sudah lama kita berkenalan dan sepanjang persahabatan kita pelbagai kenangan pahit dan manis yang tidak mungkin akan diri ini lupakan..
Dan pernah satu ketika mengharapkan sesuatu yang lebih dari sekadar persahabatan...
Satu tahap yang mana lelaki ini pun tidak pasti...
Ikhlas pada masa itu lelaki ini masih tidak pasti sama ada betulkah perasaan ini ingin mencintaimu atau pun hanya perasaan yang tidak ingin kehilanganmu..
Persetujuan darimu menghilangkan kesangsian dari dalam diri ini..
lelaki ini juga ingin berterima kasih kepada dirimu kerana telah mengembalikan perasan yang telah lama hilang dari lelaki ini...

Pernah satu ketika lelaki ini berjaji untuk tidak akan pernah menangis lagi dan betapa peritnya....perjanjian itu sehinggalah hari dimana dirimu menyatakan dalam surat terakhirmu... titisan air mata yang sudah lama tidak aku rasai akhirnya meleraikan janj lelaki ini..... terima kasih...
Kini baru lelaki ini sedari memang lelaki ini amat menyayangimu, tidak ingin kehilangan dirimu dan tidak mahu melihat hatimu terluka kerana hati ini akan sakit melihat dirimu begitu...tetapi hanya itu.. perasaan cinta itu hanyalah permainan hati yang diri ini bina untuk melindungi mu dan maaf kerana diri mu pernah terluka....... Kerana lelaki ini tahu kebahagian bagimu kebahagaian banginya..

Sunday, January 16, 2011

Mereka dan belacan...hahaha

Babak 1 
Mereka : Abang nasi goreng biasa satu + telur mata satu + BELACAN

Babak 2 
Mereka : Abang nasi putih + kat sini ada BELACAN tak..

Babak 3
Mereka : Abang boleh tak tolong tambah BELACAN lagi..

Babak 4
Mereka : Nasi goereng kampung bagi pedas + BELACAN satu

Sambal belacan yang menjadi kegilaan mereka....



Senario apabila keluar makan dengan mereka..  Belacan tu dah memang jadi kebiasaan dah..Aksesori tambahan yang wajib bagi mereka...hmmm..

Kenapa perlu belacan... ?

Kalau nak pedas kenapa tak mintak cili je.. nasi goreng cili padi ke terus ?.. hmm

Tak sedapkah makanan tanpa belacan.. ?

Kenapa time makan mee goreng tak mintak pulak belacan...?

Apa yang ada dalam belacan hingga ketagih sangat mereka dengan belacan... ?

Adakah  kerana mempunyai kepekatan nikotin yang tinggi.. tapi kenapa tak ditangkap macam penjual dadah pulak... ?

Adakah sudah terdidik dari kecil lagi...? ( nasi sepinggan + belacan semangkuk...)

Adakah ketiadaanya nya sama dengan cheesy wedges tanpa cheese nye... ?

AIyoooooo... banyak nyew persoalan....
BELACAN oh BELACAN..
Kenapa dirimu begitu berharga ??????

Friday, January 14, 2011

Sungguh BersyuKUR>>>

Seminggu aku tidak berada di sekolah kerana terpaksa pergi LAWATAN..(terpaksa kah..hahaha)..
Aku tiba di asrama dalam pukul 2..... dan aku terus meluru ke dorm ADIK.. dan adik sudah tidur.. tak sampai hati aku untuk mengejutkannya... (lebih baik tunggu sahaja esok.. kata benakku..)..

Sebaik sahaja aku ingin melangkah keluar dari dorm itu... aku terdengar suara adik.. mungkin disebabkan posisi katilnya yang dekat dengn lampu membuatkan dia tersedar ketika aku membuka lampu tadi... Dalam muka mengantuk dia memanggil aku.. "selamat pulang abang !" katanya sambil tersenyum... Terubat rindu aku setelah seminggu tidak mendengar celoteh dari mulut manisnya itu...hahaha

sungguh bersyukur kerana sempat mengenalimu..
Esoknya aku bertemu dengan kawanku HAZRIE.. dia memberitahu aku setiap hari adik asyik bertanya bila aku akan balik ke asrama sepanjang ketiadaanku..hahaha..... Aku amat bersyukur kerana ada insan yang begitu merindui aku walaupun bukanlah terikat dengan darah daging atau ikatan keluarga. (terima kasih YA ALLAH ! )
..

Pagi itu juga sebaik sahaja aku keluar dari dorm aku .. aku melihat adik melambai-lambai di blok asrama yang bertentangan dengan blok asrama aku... aku tersenyum... dia terus meluru ke arah dorm aku.... Aku pun bertanya " ada apa ni adik..? kenapa kelam kabut sangat ni..."... Sambil tersenyum dia menjawab " tak ada lah.. saje je.. dah lama tak borak dengan abang..".... Tak henti-henti dia bercerita tentang keadaan yang terjadi di asrama sepanjang ketiadaanku... Aku hanya memerhati gelagatnya itu...
(Terima Kasih YA ALLAH kerana memberikan nikmat mengenalinya.)

Thursday, January 13, 2011

Tag UKHWAH dari sahabat..

1st Of ALL....
Nak mintak maap kerana baru jawab tag dari korang semua...hahaha
Baru dapat hidayah untuk menjawab tag-tag dari kamu...
Okess.. sekarang fokus kepada tag.. (mood : kening berkerut and fokus..)

1.Adakah anda rasa anda hot..?
= Manusia diciptakan sebaik-baik kejadian so Why NOt.....hahahaha

2.Update (upload ) wallpaper yang anda guna sekarang..?




3.Cerita pasal gambar ini..
= Gambar ni mengigatkan sahabat saya yang sentisa bersama saya walaupun bagaimana identiti dan perwatakan saya ketika itu.. TRIMAZZ SAHABAT


4.Kali terakhir makan PIZZA.
= Minggu ni la... makan dengan zalie,mus, kak nora n kak aini dekat one stop bakerry.... OPSSS... lupa.. abg fawis pun ada tapi datang lmbat ckit..huhuhu

5.Lagu terakhir yang kamu dengar..
=KAWAN-UNIC....

6.Apa yang anda buat selain menjawab tag ni..?
= Blog walking la....hahahaha

7.Selain nama sendiri, anda dipanggil dengan nama apa?

  1. dean
  2. udin
  3. zuddin
  4. tipa (nama dalam version kelantan )
  5. din
  6. faizudin (zalie je panggil dengan nama ni


8.Tag lagi 5 orang

  1. Kak nora
  2. Kak aini
  3. Kak nad ( walaupun tahu jarang dia bukak blog )
  4. Kak Elia.. 
  5. Kak Ain.
* motif sume KAK ??..hahaha

9. Siapa no1 dengan anda.
= Classmate klas mandarin aka senior debat.. PHONETIK sangat bagus

10. Kata sesuatu kepada no5.
= Sombaong r nkow ngan aku sekarang ek..

11. No3 ada hubungan dengan siapa ?
= katanya orang dari ITALY.

12. Bagaimana pula dengan no2
= Perempuan gigih.. gelarannya telah bertukar dari aini debat kepada aini dobi...huhuhuhu

13. Kata-kata cinta untuk orang no4
= Majulah PDI untuk KHAR.... Nanti jangan lupa belanja kalau jadi JMK..

14. Berikan 4 fakta bagi setiap orang yang anda tag..

1.kak nora

  • Seorang yang sangat pandai berbahasa
  • sangat bagus dalam menerangkan
  • Selalu mengexpresi dalam keadaan separa sedar..
  • Student cemerlang UPSI
2.Kak Aini

  • Seorang yang gigih
  • Ustazah Moden
  • Sangat bersungguh-sungguh dalam menyampaikan
  • 3rd speaker yang cemerlang


3.Kak Nad

  • Mantan KDBM
  • Seorang yang berprinsip..
  • Sangat SHOPAHOLIC.... Especially time beli kasut..
  • Suka pakai topi walaupun kat UPSI dia tak pernah pakai..

4.Kak Elia

  • Selalu panggil orang abang and kakak.. (berapa umor dia ek..??)
  • Budak B.inggeris..
  • Sangat patuh n mengikut arahan (lurus la..hahahaha)
  • Bakal JMK

5. Kak AIN

  • Rakan sekolah..
  • Budak yang suka berangan-angan
  •  Talkactive.. especially sebelum mula kelas...
  • Sahabat yang baik..hahahaha

Tuesday, January 11, 2011

The man who believe..II

Angin malam yang dingin... suasana yang sunyi mengingatkan kembali aku kepada ketenangan diwajahnya... senyuman manisnya  santun dalam berbicara berhemah tuturnya mencairkan kerasnya hati insan yang keliru.

Adik.. adik naik dulu abang nak parking kereta ni dulu.. Kalau boleh adik order dulu... Tentang harga tak apa.. Allah bagi abang rezeki lebih untuk belanja adik... Hmm... Dengan muka selamba aku mengiakan sahaja.. Nak saja aku cakap " do i care.? yang penting engkau belanja aku.. tap perlu lah nak berfalsafah dan seangkatan dengannya... ".. (betapa hitamnya hati ini sekadar mengucapkan terima kasih pun begitu susah ..)

" 1 Hawaian supreme large with cheesy crust sir and 2 coke please.." Hawaian supreme my favourite... With full of topping... MARVELOUS.. beberapa minit kemudian dia datang dan duduk dihadapan aku... Adik dah order "Yup !" aku membalas...

"Kenapa nak jumpa ni..? "  soalan yang bermain-main difikiran aku sejak dari dalam kereta lagi.....
"Rindu.." perkataan yang terkeluar dari mulutnya...
Terdiam aku mendengar jawapan tersebut...
Rindu... erk.. bro biar betol... lain macam bunyi ni..
(dlm hati .. ap kes mamat nih..)

Lepas tu dia tersenyum....
Salah ke dik kalau abang cakap macam tu..
Rindu dianugearahkan-NYA untuk kita merasai indahnya UKHWAH..
Rindu ILLAHI kemanisan yang perlu kita kecapi...
Rindu tu susah kalu nak abang terangkan dik...
Tak mampu ditulis.. Tak mampu diungkap... hanya mampu dirasa ... bila ukhwah terpaut..

(hmm.. menyesal tanya.... sambil minum air coke yang terhidang..)

Abang nak tanya adik satu soalan boleh..?
"Tanya je lah....!" balas aku..
Adik ingat tak dimana abang pertama kali berjumpa adik...?
Hmm....
Soalan apakah ini.??  Atau sekadar berlawak .... tanya aku balik...

Dia mendiamkan diri dan menghembuskan nafas..
Nanti abang nak tahu jawapannya ... Bila adik ingat baru adik beritahu...
Adik.. tadi adik tanya abang .. tak malu ke islamic image jalan dengan sosial image macam adik..
Abang nak tahu la pula.. adik pula apa jawapannya...
hmmmm....


p/s macam biase.. to be continue...

Monday, January 3, 2011

The man who believe..

ENGLISH
The man who believe... that's the focus of this entri... Are you believe in something.. how far you would go for your believe..? hmmm.. Sit back and think what are you gonna answer..answer it to yourself..

A few day ago i've seen a situation that remind me of someone from my past ... Deja Vu is it ?? Naahhh....i don't think so...  it's just my forgotten memories that pop up inside my brain.. huh....

Thus, this entri will be all about the forgotten memories..

Enough for the English.... now proceed to the malay part.... hahahaha...

Bahasa Melayu
Cikgu-cikgu BM sekalian jangan marah ek...

Aku pernah kenal seorang insan yang sangat baik hati budinya .. Walaupun pada ketika itu kejahilan aku begitu menyerlah DIA tak pernah bosan berada disampingku dan menasihatiku... Selalu berharap agar aku berubah...

Aku pernah bertanya kepada nya... Kenapa nak berdakwah kat aku.. banyak lagi orang yang boleh didakwah.. Dengan sopan dia membalas.. Adik, orang memang ramai tapi ALLAH itu maha kaya dia pilih adik untuk abang dakwah... Aku tak pernah faham sehingga beberapa tahun yang lalu... masa tu bagi aku tu cuma alasan ja....

Orang kata dia tu pemarah tapi dengan aku tak pernah pulak dia meninggikan suara.. Agak pelik disitu..
Sampailah satu ketika... Al-kisah bermula di Pizza Hut.. Dia tiba-tiba nak belanja.. Jadi apa salahnya.. aku pergi je la walaupun aku tahu kat sana nanti akan penuh dengan khutbah-khutbah darinya... tapi selagi boleh makan percuma apa salahnya....

Bahasa rojak..
So dia drive la ke sana.. Dalam perjalanan tu dah banyak dah khutbah yang singgah ditelinga but macam orang kata la masuk telinga kanan keluar telinga kiri.. Dalam perjalanan tu aku tanya dia satu soalan.. Aku tanya dia " tak janggal ke ustaz image jalan dengan orang macam aku ni." ... macam biasa dia akan menghembus nafas dan menjawab.. apa yang nak malu dik... Manusia ni sebaik-baik kejadian.. kita semua sama.... pastu dia pesan jangan panggil dia ustaz coz katanya setiap panggilan tu ada amanahnya dan lagi dia cakap dia dengan sekadar islamic image macam ni jauh lagi nak sampai ke taraf ustaz dik...

Dia begitu yakin dengan segala ilmu dan agamanya...

Maaflah.. sampai disini sahaja buat kali ni....  nnti akan sambung lagi cerita ni...






TO be CoNtinuE >>>>